kawan-kawan

Thursday, May 19, 2011

sayu... tetiba

tiba2 jer malam ni terasa sayu... sedih... dah rasa ngantuk. tp bila baring, mata pulak terkebil2 tak nak lelap. pastu mula mencongak2... berapa banyak dah amalan yg dah dilakukan sbg bekal utk ke'sana'.

tiba2 jer rasa sayu... sedih... kerana umur dah mencecah 34 tahun, tp setelah dihitung ngn amalan yg dah dibuat, alahai... sedih rasa... bila umur dah masuk fasa 30-an ni, terasa sgt nk cari ilmu ke arah 'itu' banyak2. ilmu akhirat ni kena cari, bukan macam ilmu2 lain yg memang dah terhidang depan mata. kalau ilmu lain boleh ler nak google jer, tp ilmu ukhrawi ni kena ada guru agar tak terpesong.

benda2 yg boleh menyumbang dosa, yg kdg2 kita tak sedar pun kita buat, seboleh2 cuba dielakkan. alhamdulillah... ada yg dah berjaya dielakkan :)

berubah? bagus, kalau ke arah kebaikan. lebih tepat kalau guna perkataan HIJRAH! penghijrahan secara perlahan2, bukan secara drastik sbb takut tak kekal lama. lg satu, tak boleh canang sana-sini. takut tak terlaksana mcm yg dikata. biar la org tak tau, asal kita dan DIA tau.. tp, ada jugak perasan yg aku ni sedikit sebanyak dah berubah ke arah itu (mungkin org tu mengambil berat tentang diriku walaupun kami jarang bersembang atau pun mungkin org tu pun sedang berhijrah mcm aku jugak, mungkin).

SYUKUR sbb dibukakan pintu hati awal. takut jugak kalau2 dah nak pencen pun perangai tak berubah2. malah ada jugak yg makin tua makin menjadi2. nauzubillah. bila difikir2 dan direnung2, takut rasanya...

yang paling penting kena banyak DOA. berdoa semoga ALLAH sudahi hidup kita ni dgn HUSNUL KHATIMAH... kesudahan yg baik... ya ALLAH, aku juga memohon kepada Mu semoga kami ditempatkan bersama2 para solehin. Amin...

Wednesday, May 11, 2011

Mah, maafkan anak mu ini...

4 mei 2011 : kami sekeluarga dikejutkan dgn berita yg tak pernah kami duga ~ ibu (kami panggil mah) di kg sakit!!

mah tak sihat, dia jd lupa, tak ingt apa yg berlaku kat dia.. dan paling takut bila adik aku cakap, muka mah dah lain (senget ke sebelah kiri), mcm kena stroke.. kami adik beradik yg berada diperantauan mcm cacing kepanasan, teringat kat mah kat kg. nak tgk sendiri mcm mana keadaan dia. masa ni la rasa mcm nk pindah blk kg dan terfikir betapa bertuahnya kakak dan adik2 yg ada di kg walaupun tidak tinggal dekat dgn mah, at least berada dlm satu negeri. tp, nk buat mcm mana, rezeki kami di perantauan.

yg plg kesian ialah adik2 ku yg tgh nk final exam. mungkin ini dugaan plg besar buat diorang. kena tumpukan kpd exam dalam masa yg sama jiwa tak tenteram memikirkan keadaan mah. adik2ku... tabahlah menghadapi dugaan ini kerana semua dugaan, tersirat hikmah disebaliknya dan ingat... buat yg terbaik untuk MAH..

aku?

mula memikir yg bukan2. satu persatu memori suka duka bersama mah tergambar di fikiran. mula menghitung segala perbuatan dan perkataan yg mungkin telah melukakan hati nya. mungkin banyak kerana mulutku yg tak reti dok diam (asyik komen itu dan ini) ditambah pulak dgn mah yg pandai menyembunyikan rasa hatinya yg kadang2 dipendamkan sendiri.

betapa besarnya kasih ibu terhadap anak, begitu juga dgn mah. setiap kali aku balik ke kg, aku dirai dan disambut dgn senyuman manis mah, anak2 ku ditatang dan dimanja, aku dijamu dgn masakan enak2. lebih menyayat hati, kepulanganku utk menziarahi nya tempohari disambut dgn tangisan. terharu bila dia tau aku balik semata-mata utk melihatnya... bukan kah itu tanggungjawab anak terhadap ibunya... ooohhh..

mah,
maafkan anakmu yg berdosa ini. ampunkan segala dosa2 ku. halalkan setiap titik susu yg diberikan kepada ku. sesungguhnya aku tidak bermaksud utk melukakan hati mu.. maafkan lah anakmu yg berdosa ini.. maafkan lah..

Ya Allah...
aku memanjatkan kesyukuran kepada Mu kerana diberi berkesempatan untuk bersama mah. akan ku manfaatkan sisa2 waktu ini dgn mencurahkan kasih sayang kepada mah. akan ku jaga mah sebaik mungkin.

pesanan untuk anak-anakku...
wahai anak-anakku, jadilah anak yg solehah, yg berjaya di dunia dan akhirat. jangan jd seperti ibu. yg byk melakukan kesilapan. jadikan kisah ibu ini sebagai teladan dan panduan. jangan diulang kesilapan yg sama. maafkan ibu.. kerana seorang ibu juga perlu meminta maaf dari anaknya. juga, maafkan ibu jika ibu bukan ibu yg terbaik untuk kalian...

***tidurku pada malam itu bertemankan airmata yg berlinangan***

Note:
alhamdulillah.. semasa entry ini ditulis, mah telah sihat dan semakin pulih dari serangan 'stroke kecil' (istilah org kg la tu). rawatan lanjutan masih diteruskan.

Tuesday, May 3, 2011

Program Diet Part 1

Hik!

Program diet dah bermula!

bersalin kali ni, lemak2 degil kat perut (terutamanya) susah nak dibuang sbb bersalin kali ni tak ikut procedure biasa. kali ni baby tak nak kuar ikut 'pintu', so, terpaksa kuar ikut 'tingkap' (operate sudah..)

so,kali ni takde rutin berbarut, bertungku dan berurut. hmmm... mcm mana nk buat ni. lemak2 yg dikumpul masa pregnant mesti dibuang. nak berjoging jauh sekali sbb berjalan pun dah mcm penguin (menurut ckp adik bongsu ku, huhuhu). nk bersenam? hmmm... lg la tak nyer (konon2 takde masa la, hehe).

so, mcm mana ek??







so, en. suami mengambil inisiatif dengan membeli sauna ni (nak tgk isteri dia slim la tu).. jom kita sauna!!! chaiyok!