kawan-kawan

Sunday, January 29, 2012

Blog for kakak and adik!

Alhamdulillah...

Akhirnya... Selesai sudah create blog utk kakak n adik :) Saya akan titipkan setiap kenangan yg dilalui oleh mereka. Semoga suatu hari nanti mereka berpeluang membaca dan menghayati setiap bait-bait di dalam blog tersebut. kiranya blog tu akan dipenuhi dgn cerita2 mereka. setiap gambar yg diambil akan sy muatkan di blog mereka bersama cerita tentang meraka. hmmm... ala2 cerita kuch kuch hota hei pulak yer... cuma beza nya, rani mukherjee tulis surat dan diberi pada setiap hari lahir anak dia... zaman dah berubah kan, skang dah canggih, paperless la konon nya. hehehe.


"kakak... bwk keta tu elok2 tau! ingat... adik ada kat belakang tu" diorang ni seronok sgt lau jumpa benda2 ni. kakak mesti nak naik semua mainan yg ada. huhuhu. adik pun turut berseronok. macam dah besar sgt. tak bg kalau kita nak pegang dia.



"kakak kena jaga adik elok2 tau! jadi kakak terbaik buat adik. sayangi adik walau apa pun terjadi. jangan sesekali bermasam muka bila dah besar nanti. ibu nak kakak dan adik sentiasa mesra bila bersama. no dengki2. jangan berdendam. kena saling bantu membantu. gembira sama2 dan kalau sedih pun kena sama2. ingat! ini pesan ibu...ibu sayang kakak dan adik (abah pun ibu sayang juga!). ibu jugak sayang Siti Zainab. cuma bezanya, Allah lebih sayangkan dia.. semoga roh nya sentiasa dicucuri rahmat. Amin."



till then, luv ya!!


Thursday, January 26, 2012

Myra hair loss!

Alkisah... balik kg masa CNY baru2 ni tetiba mah tanya "kenapa rambut Myra dah kurang? tu la... suka sgt mandikan anak ngan air panas kat kepala" (kena marah daa....) a'ah ek! baru saya perasan. betul la... pastu try tarik slow2 rambut dia, then lekat la dalam 5-6 helai kat tangan. alamak!! saya dah mula cuak. then, usap lg slow2, pun sama jugak. double cuak! huhuhu... macam mana ni.. mula la memikir yg bukan2. tp, Myra aktif jer. takde lak tanda2 dia tak sihat ke apa... alhamdulillah... cuba u all tgk gambar di bawah. sian dia... rambut yg dulu lebat, dah jadi jarang!

*lain kan? rambut dia dah betul2 jarang, kering n kasar*

hmmm... kesian kan? dah nampak mcm baby boy pulak. pastu try la tgk gambar2 dia yg sebelum ni.. bila tgk balik gambar dia sebulan yg lepas, rambut dia masih lg lebat. beza cuma sebulan. alamak! triple cuak!! ni dah kes serius ni. kalau baby gugur rambut sbb 'makan bantal' tu biasa la saya dgr, tp bila dah besar2 ni gugur, setakat ni belum pernah dgr lg... kena gi jumpa doktor ni... huhuhu....


*ni Myra sebulan yg lepas, rambut masih lg lebat dan hitam*

walaupun rambut dah makin menyusut, tapi perangai makin bertambah 'nakal' nya... smpai tak terlayan!! panjat sana sini. merangkak smpai masuk toilet. terkini, dia gigit telinga kucing!! masyaAllah.... anak dara i yg sorang ni... energetic!!



semalam dah gi jumpa doktor, doktor tanya berapa kerap syampu rambut dia? sblm gi klinik tu mmg dah tergerak hati nk tanya pengasuh dia n pengasuh dia ckp dia syampu rambut Myra 2 kali sehari. erkk!! kerapnya (dlm hati jer). i'm not blaming her sbb ibu is the BEST pengasuh ever yg aku pernah jumpa. maybe Myra ni jenis yg tak tahan. kakak dulu ibu buat mcm tu jugak. insyaAllah, nanti2 ok la tu... pray for that.


*kakak nak gi berperang ni ibu... hehehe*

kakak maintain with her ponytail. taknak potong rambut nanti jd mcm lelaki kata dia. skrg tgh train dia pkai tudung... not pushing her so hard, tp pergi sekolah saya 'wajib'kan dia pkai tudung. melentur buluh biar dari rebung (menurut kata abah dia la tu).. betul jugak kan? yg baik, saya sokong... yg tak betul, sy betulkan...


"kakak tengok apa tu?"
"kakak tengok ombak rindu.."

huhuhu... anak2 zaman sekarang... kecik2 lg dah pandai demand nak tgk love story... hhmmm... anak ibu la katakan... :)


till then, luv ya!!



Penat...

i need a break!! go somewhere else (not blk kg). nak gi jalan2, lepak2, window shopping, etc. of course want to spend that wonderful moment with my 3 H. without thinking about work; LP, 5S, MQA, and bla bla bla... seronok kan? hmmm... need to ask makcik google ni.. nak gi tempat 'sejuk' but not cameron highland! (not for the 3rd time). genting highland? no no no.. coz not really sesuai for my little Myra. hhuarghh... dah ngantuk.

good nite...

nak mimpi yang indah2 malam ni...

till then, luv ya!!

Sunday, January 15, 2012

SEDIH....

SANGAT-SANGAT!!

Assalamualaikum... :)

hari ni 16 Jan 2012 (isnin). kakak dah mula meragam taknak gi sekolah... mula2, sy pujuk dgn lembut. mcm2 pendekatan sy cuba. mcm2 cara. reka mcm2 cerita. semua nama kwn2 dilibatkan. nama adik myra pun digunakan. harapan cuma 1, semoga berjaya memujuk kakak utk ke sekolah...

step 1, abah berjaya paksa kakak mandi. step 2, ibu berjaya siapkan kakak dari pkai tudung hingga ke pakai kasut. step 3, berjaya buat kakak masuk dlm keta. step 4, berjaya buat kakak bercakap n berhenti nangis. final step, GAGAL memujuk kakak turun dari keta walaupun masa tu dah ada kat depan sekolah.... huhuhu...

frust sgt!! sangat-sangat!! hari ke-9 kakak dah ponteng sekolah... :( kenapa la kakak buat ibu macam ni? ibu sedih sgt... kali ni marah tu tak la sgt, tp sedih, sebak n mcm2 rasa bercampur baur... sbb nya harapan ibu tinggi utk anak2 ibu. walaupun kakak baru pra sekolah, ibu tak suka habit ni tertanam dalam diri kakak.. ibu nak yg terbaik utk kakak dan adik..... kerana....



ibu sayang sangat kakak dan adik.... ibu selalu doakan yg terbaik utk kamu berdua... ibu nak anak2 ibu berjaya malah lebih berjaya dari ibu... sekarang baru ibu faham apa yg nenek kamu rasa bila ibu menyakiti hati beliau dulu2... pedihnya... tak dapat nak dizahirkan... Ya Allah... aku memohon dgn rasa rendah diri semoga anak2 ku akan sentiasa rajin dalam menuntut ilmu dunia dan akhirat dan aku juga memohon kepada Mu Yang Maha Esa semoga diampunkan dosa2 yg pernah kulakukan kepada ibuku... Amin...



Ibu Sayang Hureen & Humaira...


SANGAT-SANGAT!!



till then, luv ya!!!


Saturday, January 14, 2012

Blogwalking!!!

Assalamulaikum...

Aktiviti hujung minggu sy macam biasa saja... memasak, ngemas cket2, main ngan anak2... membebel kat kakak... layan CSI, Merlin and ber'facebook' jugak mengemas blog... hujung minggu kali ni sy ber'blogwalking'... byk jugak blog yg sy kunjungi.. terjumpa la blog para ibu which is full time housewife yg mengajar ank2 mereka... what they call ~'homeschool'...

seronok tgk effort diorang... google materials for their children, teach them, and at the same time they are spending their time at home and dpt tgk ank2 mereka membesar dpn mata!! seronok nya (berazam nk cuba ajar ank2 mcm diorang)... tak mcm ibu yg bekerja mcm sy ni, sometime missed benda2 penting especially benda2 berkaitan ank2 n luckily sy ada pengasuh yg sgt la baik n caring... thanks to ibu yani :) semua ni ada kelebihan n kekurangan kan... sy bersyukur dgn ketentuan Ilahi...

seronok kan bila blogwalking ni... baca kisah suka n duka orang lain... yg menginsafkan kita... dan membuatkan kita berasa betapa beruntung nya kita dan bila baca kisah kejayaan org lain, secara tak langsung menaikkan motivasi dlm diri kita.. segala nya sy ambil positively...

i'm proud to be me ~ norliney ghazali.. the way my 'bak' spell my name dah cukup membanggakan sy :) lain dr yg lain... kan? i love my own birth date ~ 1/2/77!! sejak dari sekolah rendah sy amat menonjol sbb selalu dapat no 1 dlm kelas but masa sekolah menengah, agak berubah mungkin sbb sy tak suka ke sekolah agama (masa tu dpt offer ke sekolah asrama penuh).. tp alhamdulillah... bak paksa jugak sy masuk sekolah agama sbb kata dia nk suh kami adik beradik belajar asas fardhu ain. sekarang dah faham kenapa bak buat mcm tu (terima kasih Bak atas paksaan itu)..

C.I.N.T.A!!

that word besar makna nya. i take it seriusly n menyebabkan sy sedikit lalai masa kat U. tp, alhamdulillah.... sy bangkit!! (big thanks to buku Dr. HM Tuah ~ membina hati bahagia).. akhirnya sy berjaya menemui cinta sejati yg membawa ke alam perkahwinan... ku temui putera idaman Mr. H yg sentiasa disisi diwaktu susah dan senang... kami juga di kurniakan 2 org puteri yg comel yg mengeratkan lagi kasih kami... kami juga dikurniakan seorang bidadari kecil yg kini berbahagia di'sana'... syukur ya Allah kerana terpilih mengandungkan bidadari syurga...

Saya bersyukur dan bahagia dgn semua kurniaan Mu Ya Allah...



till then, luv ya!!

Sunday, January 8, 2012

Kakak in her room!!

Finally... kakak dah tido dlm bilik sendiri... tu pun request mcm2... nak suh pasang aircond mcm bilik ibu ~ check! nak katil baru ~ check!.. dah lepas buat semua tu tp taknak jugak tido. akhirnya baru2 ni sy belikan comforter baru for her, then baru la dia nak tido... hmmm... tinggi nyer demand anak dara i ni... hopefully lepas ni dia akan stay kat dalam bilik dia (studying, not playing.. huhuhu)..


semoga kakak menjadi anak yang soleh dan menjadi teladan untuk adik Mayra.. ibu sayang kakak & adik... forever... ummuah!!

till then, luv ya!!


Friday, January 6, 2012

Hati Seorang Wanita

Assalamualaikum...

walaupun sukar meluahkan rasa hati. tp, tetap terasa hati. jgn ikutkan rasa hati, tp kadang2 kena ikut gak kan? sepatutnya dia yg kena sensitif. takkan semua benda nak kena bagitau. atau, akukah yg terlalu sensitif sampai benda2 kecik pun nak diperbesarkan? ntah la...

hmmm.... :(

Sunday, January 1, 2012

2011 dalam kenangan :)

welcome 2012 and goodbye 2011... banyak kenangan sepanjang 2011 yang membawa makna dalam hidupku... inilah antara moment yang amat terkesan & yg plg manis sepanjang 2011...



kakak dah mula sekolah... hmm... dah besar rupanya anak dara saya ni yer.. alhamdulillah... kakak seronok ke sekolah (pada awal2 nye la) but toward the end dia dah mula tunjuk belang (ikut perangai sape la yer... huhuhu), dgn taknak main sukan nyer (sabo je la). Tapi syukur sgt sbb sesi persekolahan berjaya ditamatkan dgn mendapat kedudukan kedua dlm kelas pelajar 5 tahun... alhamdulillah... tu pun menangis-nangis taknak naik pentas ambik hadiah dan terpaksa la ibu pujuk n dgn ibu sekali pergi kat pentas... huhuhu...




1 Feb... tarikh bermakna (bagiku) n dgn rasmi nya genap umurku 34 tahun (dah tua.. huhuhu). Alhamdulillah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dikelilingi org2 tersayang... dan... bulan februari jugak menyimpan kenangan syahdu... 10 feb 2011 ~ genap setahun pemergian puteri kedua (Siti Zainab) ke rahmatullah.... ibu tahu adik tengah bergembira disana...




8 Mac 2011 ~ puteri ketiga yang dinamakan Humaira Batrisyia selamat dilahirkan jam 10.38 pm seberat 3.8 kg at HTAA Kuantan... Syukur yang tak terhingga kepada Yang Maha Esa.. Anugerah yang amat bernilai dan amanah yg amat besar harus dipikul... ALHAMDULILLAH...




special visit dari Adani... kami (Englians) sepakat turun Kuantan meraikan teman yg amat istemewa... seronok... p/s : nanti dtg la lagi...




Oktober... 5/10/11 hari jadi abah yg ke 35... disambut sederhana... sama jugak ngan hari jadi kakak (27/10/11)... simple but meaningful... yg penting kami happy...





tiramisu utk abah...





alhamdulillah...kami berjaya mengharungi ombak dan badai perkahwinan selama 5 tahun dengan tenang... semoga ikatan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat... amin...




till then... luv ya!!