kawan-kawan

Tuesday, September 23, 2014

Ibu Sayang Kakak Sangat2!!

Assalamualaikum!!

Hari ni feeling ibu insaf! Kisah si ibu & si anak dara sulung a.k.a kakak ni (kena mention anak dara yg mana sebab semua nya pompuan!). Tak tau la kenapa, sy ni bila bercakap dgn kakak selalu jer emo tak pasal2. Haiisshhh. Memang mcm tu la. Pelik jugak dgn diri sendiri tapi kadang2 mmg ada jer benda yg kakak buat yg tak berapa betul tapi, sabar kat dada ni kurang sgt. 

Semalam ada kursus sehari kat tempat kerja, tajuk : Superwoman, Superwife and Supermom oleh Ustazah Noor Laila Aniza Bt Zakaria. Ya Allah... sangat terkesan dijiwa untuk jadi seorang yg lebih positif. Alhamdulillah syukur sgt2 sbb terpilih utk berada di majlis ilmu tersebut. Syukur Ya Allah.

Bila balik jer semalam, jumpa anak2.. Tengok mata anak2.. Perasaan bersalah, kesal, terharu, sedih, semua nye bercampur baur sbb selama ni ibu ini sangat garang. Huhuhuhu.. Mulai semalam, sy terus bertukar watak menjadi ibu yg bercakap sopan dan lemah lembut ngn anak2 (sesekali tersasul gak!). Ya Allah, semoga sifat sopan dgn anak2 ni bertambah baik dan berkekalan. Saya sayang anak2 saya yg kadang2 (sentiasa sebenarnya) menguji kesabaran dan keimana seorang ibu. 

Allah datangkan dan bagi pinjam anak2 ini supaya saya jaga sebaik2 nya. Kepada anak2 ibu, kakak terutamanya, Ibu mohon maaf. Ibu selalu marah kakak atas kesalahan yg kecil. In sha Allah, ibu akan berubah sedikit demi sedikit. Ibu akan letakkan sifat garang ibu ini pada tempat yang sepatutnya yer. Nak delete tak boleh sbb garang ni kena ada jugak.. Hihihi. 

Okay, sekian utk kali ni.

Ibu sayang Kakak Hureen Balqiesh!!

Tuesday, September 9, 2014

Babai Abah... Tears....

Assalamualaikum.

Kisah hari sabtu sebelum abah berangkat ke Sungai Petani. Hmmm.. Mula2 tau abah kena pindah Kedah, gembira + sedih + marah + takut + seronok  dan macam2 lagi.

Gembira = sebab abah naik gred.
Sedih = sebab akan berjauhan dengan abah.
Marah = sebab abah nak tinggalkan kami.
Takut = sebab nak kena drive pepagi hantar anak.
Seronok = sebab nnti dapat pindah sana jugak n kenal tempat orang.
dan.. mcm2 lagi la perasaan yg ada.

Ok la kan sebab last2 tu seronok gak bila mengenangkan nak pindah negeri orang ni. Sekarang ni pun dok menetap di negeri orang. Tapi sedih gak sebab nak tinggalkan Pahang ni. 

Eh, tajuk nyer macam sedih tapi tak sampai lagi ke cerita nya. Takpe la, kita tengok gambar jer mcm mana aksi Adik Myra masa abah nak bertolak ke Sungai Petani. Ibu yg tengok ni... huhuhu sedih nyer la! Tapi tahan jer.

Beriya dok tarik tgn abah ke kereta sbb nak ikut sekali pi Kedoh. T_T


Tak nak dah salam ngn abah sebab dia nak ikut sekali. Kalau salam maksudnya dia kena tinggal.


Muka sedih. Haisshhh... pandai sungguh budak ni buat ekspresi muka.


Sudahnya smpai duduk kat kaki abah sbb taknak abah tinggalkan dia.


Dok paksa abah bangun sbb tak sabar nak berangkat ke Kedoh. Huhuhu.


Last2... Sedih ibu tengok. Ibu suh abah ajak Adik Myra masuk n baring2 minum susu dulu. 

Selepas minum susu, alhamdulillah Adik Myra tenang. Boleh jer babai abah depan pintu umah. Dia tenang taknak ikut sbb cakap abah nak gi work. Bukan nak gi Kedah. Kalau cakap nak gi Kedah, confirm akan meraung gak tu. Bertabah la wahai hati. In sha Allah akan mengikuti abah sedikit masa lagi... 
Aameen.

Sedih sgt, bila fikir2 nak pindah ni sebab kat sini ada pengasuh yg sangat caring yg jaga anak2 saya mcm anak dia sendiri. Kat sana nanti tak tau la mcm mana. In sha Allah dipermudahkan segala nya di sini dan di sana nanti. 
Aameen.

Babai. Thanks for reading!