kawan-kawan

Friday, January 29, 2016

After School!

Assalamualaikum.

Setiap hari, pukul 12.00 tengahari ialah rutin harian ambik Kak Ngah Myra kat tabika kemas. Rutin setiap pagi pun dah berubah untuk tahun 2016 ni selepas Kak Ngah masuk sekolah. Sesi pujuk memujuk adalah perkara rutin untuk pujuk dia pergi sekolah. Silap jer sikit, mmg mood dia akn berubah dan tak pergi sekolah la jawapannya.

Ni kerja dia pada suatu hari Jumaat selepas ambik dia dari sekolah, sementara tunggu kakak kuar kelas. Sempat lagi dia mekap!! Abis la mekap ibu!!!

Tengah kusyuk mekap!!


Mulut smpai muncung2 dok sapu lipstik.


Tengah pilih kaler!!



Tadaaaaa.... dah siap!!! Mata tu memang sengaja dia kata dia letak sebelah biru sebelah pink sbb dia ikut dalam youtube. Ibu & abah.... ternganga!!! 5 tahun dah pandai apply mekap, lepas2 ni standby duit jer la beli alat2 mekap. Huhuhu...

That's all! Bye!!




Tuesday, January 26, 2016

Cat and Butterfly!

Assalamualaikum.

Pukul 11 malam. Si kecik ni masih cerah terang benderang matanya. Lantas request supaya lukis miaw kat muka dalam bahasa German nya. Ibu, redha... pantas mencapai eyeliner & lukis miaw kat pipi. 

Terkekek-kekek ketawa sambil berjoget2 depan cermin tgk muka miaw dia. Tetiba, datang pulak tunjuk2 kat dahi suh lukis.. rupanya suh lukis butterfly sbb sblm ni mmg pernah lukis butterfly utk Kak Ngah Myra kat mata.. ibu pun layan jer la.. huk!

Sekali lagi dia berlari ke depan cermin sambil berjoget riang! Tetiba datang lagi sambil tunjuk2 atas mata... Hmmmm mesti suruh letak eye shadow ni... mmg sah! Lepas letak jer eye shadow, terus menari2 dgn riang...... sampai la tertido.....

Alhamdulillah dapat melayan anak syurga saya yg sangat lasak ni. Gembira bila tengok dia gembira, gembira bila dapat menggembirakan nya... Esoknya, bersilat nak melepaskan daripada kak ngah Myra supaya dia tak marah sbb lukiskan butterfly utk Cik Hannan jer... hihihi...

Sekian, jom layan kan gambar2 Cik Hannan. Enjoy!!