kawan-kawan

Tuesday, February 16, 2016

Karipap Gergasi!!

Assalamualaikum.

Salam pada pukul 5.00 di petang Selasa. Di saat orang lain dah beredar untuk balik, saya teringin gak menulis 1 entry pada petang ni. Kenangan semasa berada di Sik, Kedah membuai-buai. Kenangan selama 6 bulan yang sangat berharga!

Antara yang menarik yang saya jumpa ialah....

KARIPAP GERGASI


Terkejut tengok karipap ni kat pasar malam. Terus beli sebab pelik & tak pernah jumpa kan. Penuh sepiring. Makan satu family.. hihihi.. Inti diperbuat daripada kentang. Rasa pun not bad, macam karipap2 lain jugak cuma yang membezakan hanyalah saiz nya sahaja.

Ada jugak makanan2 lain yang rare, tapi tak ambik la pulak gambar2 nya.. huhuhu.. Okay lah.. semua dah nak balik ni, saya pun dah nak kemas2 barang. 

Jumpa lagi di lain siaran..babai

Friday, February 12, 2016

Pertandingan Mewarna anjuran JAIP

Assalamualaikum.

Mood update blog membuak2.. Nanti boleh la anak2 ibu baca yer.. Tengok ragam & aksi masing2 masa kecik.. 

Kali ni nak citer pasal kakak Hureen pulak. Kakak Hureen ni memang suka masuk pertandingan mewarna. Masa pertama kali masuk dulu dia umur 6 tahun, masa tu bukan mewarna sangat... asyik tengok org jer... masa dah abis tapi lukisan tak abis pun dia warna.. Takpe la.. yang penting pengalaman kan...

Lepas2 tu dah makin kerap masuk pertandingan mewarna kat sekolah, pastu ada pertandingan2 lain pun saya daftarkan kakak masuk jugak.. Alhamdulillah... Lepas2 tu selalu la dia menang... Tahun lepas masuk pertandingan mewarna anjuran JAIP, menang la tempat kedua. Okay la kan daripada takde nombor.. hihihi...

Baru mula mewarna.. Yang dapat tempat pertama budak lelaki yang kat belakang tu.. Dia kaler terang sangat.. Cantik.


Kakak kaler kemas, ikut jer 1 arah tapi tak terang...


Kena paksa ambik gambar bersama hamper yang dia dapat.. Alhamdulillah...

Bila dah masuk tahap dua (darjah 4) ni dah kurang la yang boleh disertai.. Semoga kakak Hureen terus cemerlang dalam apa jua bidang yang kakak ceburi dan dapat manfaatkan ilmu yg kakak dapat dunia akhirat yer. Aamiin.

Sekian, nak buat soalan final exam pulak. Hihihi.



Thursday, February 11, 2016

Budak vs Bedak!

Assalamualaikum.

Menulis entry di tengahari Jumaat yang dingin. Mood buat kerja dah ke laut, tgh lepak2 tunggu masa nak balik tengahari ni. Sambil2 tu dok belek gambar2 lama. Terjumpa la gambar anak-anak yg bermacam ragam.. 

Antara aktiviti kegemaran mereka ialah menghabiskan bedak2 yang ada kat umah sampai habis. Kalau Kak Ngah Myra tahan la sikit... Dia akan pakai bedak tu banyak2 kat muka sampai jadi macam 'raja kapor...' Hahahaha... 




Tapi..... Kalau Cik Hannan... Dia akan main & curah bedak tu smpai habis 1 botol. Tak kira la botol besar mana, kalau botol kecik cepat la abis bedak nya. Kalau botol besar, maka sempat la ibu selamatkan sbb banyak kan untuk dituang... Huhuhuhu....


Ok la... Sekian utk kali ni...


Tuesday, February 2, 2016

Satu Kepuasan!!

Assalamualaikum.

Cik Hannan Basheera, si kecik saya ni memang suka sangat 'mengemas'. Dia memang tak leh tengok mainan ke, pinggan mangkuk ke, gelas ke, buku ke dan lain2 yang dok tersusun cantik.... tindakan dia... dia akan sepah2 kan semua benda2 tu sampai abis berterabur. Baru la dia puashati.. huhu... nanti, sape yang jadi mangsa untuk kemas??? Hmmm... klau mood dia molek, bila saya suruh dia akan kemas balik, kalau tak kakak yg akan kemas (most of the time kakak Hureen la yang kena kemas!). Sian kakak yang jadi mangsa... Huhuhu.. 

 Ni la gayanya bila berjaya sepah2 kan Morphun! Habis satu bekas tu dia keluarkan, pastu dia baling2. Seronok & terpancar satu kepuasan daripada muka dia. Hai la anak.... Sabar jer la... 



Lepas tu, siap meniarap lagi... Tanda puashati tahap maksimum. 

Okay la, sekian celoteh untuk hari ni. Babai!



Monday, February 1, 2016

Reward!!

Assalamualaikum.

Reward! Ada ajer reward untuk kak ngah Myra sbb pergi ke sekolah. Ni masa awal2 sekolah la ni. Dulu, masa minggu pertama & kedua, liat sangat nak ke sekolah. Maka, ibu & abah gilir2 la janji nak belikan mainan klau dia pergi sekolah hari tu. Nak tak nak, terpaksa la ibu abah berkorban sikit. 


Suka sangat dia bila dapat set Frozen Character ni termasuk la Anna & Elsa versi kecik. Kegembiraan tu bertahan la seminggu. 


Kegembiraan terserlah!! Alhamdulillah dapat gembirakan hati anak2 walaupun ibu abah terpaksa berkorban duit sikit. 


Alhamdulillah bila dah masuk minggu ke-4, ke-5 tu reward harian dah bertukar jadi reward mingguan pulak. Kalau kak ngah Myra pergi sekolah 5 hari, hujung minggu tu akan bawak dia gi jalan2. Tak janji beli mainan dah sebab mainan berlambak2 dah kat umah ni.. Selalu beli mainan kat kedai Eco 2N tu jer. Jimat sgt sbb selalu request 3, 4, 5 jenis mainan, pastu main sehari jer. Pastu sudahnya bertimbun dalam bakul.

Baru2 ni bawak pergi pantai pulak sebagai reward mingguan, lagipun sebab memang dia dah lama teringin nak ke pantai. Baru2 ni dah pergi pantai tapi tak leh nak mandi sebab singgah otw balik dari jalan2, tak bawak baju spare. Hah! kali ni mmg dah plan, siap makan2 lagi kat pantai. Best sangat!!

Seronok berendam, terbaring, bertiarap dalam air masin. Abis rambut penuh dengan pasir pantai.. Huhuhu... 


Terbaru, weekend baru ni bawak gi jalan2 zoo Kemaman lak. Sebabnya mmg dia request nak gi zoo. Nak ke KL macam jauh sgt & kena bajet utk balik kg jugak Chinese New Year ni. Tak leh nak berjoli sgt. So, menunaikan janji maka kami pergi je la Zoo Kemaman.. Okay la kan.. At least boleh la jugak tengok elephant..


Konon2 pegang gajah la tu.. Si kecik tu pun bukan main lagi posing. 

Alhamdulillah, diberi kesihatan untuk memenuhi kehendak anak2. Jadi ibubapa ni mcm ni la.. kena layan kehendak anak2 asalkan jgn terlalu manjakan diorang terutamanya dengan kebendaan. Kalau setakat nak gi jalan2 tu rasanya boleh lagi penuhi kehendak dia. 

Semoga lepas ni, anak2 ibu; Hureen Balqiesh, Humaira Batrisyia & Hannan Basheera rajin ke sekolah, jadi anak solehah yang cemerlang di dunia untuk bekalan di akhirat. 
Aamiin.