kawan-kawan

Monday, July 25, 2016

Jom Mandi Kolam!

Assalamualaikum.

Aktiviti anak2 pada hujung minggu ialah berendam dlm kolam.. Sawan budak2 ni kalau abahnya tak penuhi kehendak (nauzubillah). Tapi dia punya mengamuk tu Ya Allah.. Stress mak ni nak... hihihi..





Macam2 gaya dah masing2. Lepas jer balik breakfast, terus terjun kolam. Kakak jer la sempat tukar baju. Yang lain mmg tak makan saman dah.. kadang2 si kecik tu dengan tak cabut diapers nyer terus nak terjun kolam. Ibu ni menjerit2 takut tercemar air kolam tu. Paling kronik, masa awal2 tu dia suka sgt kencing dlm kolam. Kakak & kak ngah menjerit2.. hihihi

Ok la.. sekian celoteh untuk kali ni. Babai semua.

Thanks for reading!

Monday, July 11, 2016

Muka Puas Hati!!!

Assalamualaikum



Puas hati!! Gitu la gayanya budak puas hati dapat sepahkan mainan. Geram betul menengok nyer. Tapi nak buat mcm mana dah nama nya budak2 kan.. Biarkan jer la... Klau marah pun nanti dia akan buat jgk. So... Ibu is redho!! Tapi yang jadi mangsa tukang kemas nya kakak Hureen la.. Sian kakak Hureen.. Huhuhu... 

Ok bai. 
Sesaje nak menulis entry pendek sebelum ambik kakak dari sekolah.



Thursday, June 30, 2016

Diet Kalori + Detox!!

Assalamualaikum.

Hmmm.. mcm mana yer nak bg konsisten menulis blog ni?? Tapi takpe la.. tulis jer la bila ada masa kan.. hahahaha..

Hari ni nak citer kisah kejayaan diri sendiri. Yeay!!! Alhamdulillah sangat.. setelah bertungkus lumus selama 4 bulan dari bulan MAc sehingga sekarang, saya telah berjaya kurangkan 13 kg lemak dari badan. Seronok sangat & rasa sangat selesa dengan keadaan sekarang.

Kalau dulu2, punya la susah nak cari baju, sekarang ni dah boleh dah beli baju dengan gembiranya. Hihi. Sebelum ni baju asyik berubah jer saiz.. Dari saiz M ke saiz XL. Bila saiz XL pun dah mula2 tak berapa nak muat, mula rasa mcm.... Hmmmmm... I have to do something!!! Sampai bila la ooooiiiii nak gemok gedempol ni!!! Orang dok tegur badan berisi, gemuk, tembam tu takyah citer la... Masa orang tegur rasa tak la kisah sgt.. Tapi bila encik suami yang tegur, mula la rasa mcm.... Hhhmmmm... Ini tak boleh jadi... Wajib diet ni!!

Ok.. setel bab membebel. Now, saya nak kongsi cara mcm mana saya boleh turunkan 13 kg.

Saya amalkan diet kalori + eat clean + detox. Memang best sgt rasa badan ringan sesangat. Masa 2 bulan pertama, buat zumba ala2 manja dengan anak2 hampir setiap malam, sauna kat umah 3 kali seminggu. Masa tu semangat sangat nak turunkan berat, sanggup buat apa saja.

Pemakanan sepanjang diet ni lebih kurang mcm ni la. Cuma kadang2 memang saya tak ambik nasi langsung. Karbo lain saya bedal jer. hihihi...

Bila badan dah mula turun 6 kg, diet pun dah tak la ekstrem sangat. Start ambik karbo sikit2. Tapi detox tetap jugak la buat untuk cuci balik usus yang dah masuk makanan mcm2 tu kan... Senaman pun dah tak buat setiap hari, Tapi, bila badan ni dah start eat clean and portion kecik, kita tak rasa dah nak makan banyak n nak makan mcm2. Kiranya setakat tgk cheese kek meleleh tu takde la sampai meroyan terliur nyer.. Hahahaha

Thanks to fb user yg share mcm2 jenis workout untuk kesihatan bersama. Antara workout yg plg best ialah plank. Masa badan masih 'berat', terketar2 tangan nak cukupkan 1 minit tu.. 


Salad favourite saya!! Mesti ada telur + mayonis.  Nyum nyum... sedap. Kompom abis sepinggan tanpa sebarang gangguan dari suami & anak2 sebab diorang tak minat sayur. Kikikiki...

Bila nak diet ni, perkara yg plg penting ialah semangat yg datang dari DIRI SENDIRI sebabnya kalau jati diri lemah, memang akan tergoda dengan lambaian2 makanan yg terpampang depan mata... jiwa jugak kena kental dengan sindiran2 teman satu opis... Kena ingat, nak kurus untuk sihat! Bila sihat, automati kita akan jadi gojes.. Hahahahaha... 

Satu benda yang saya takleh nak say "NO"... 
|
|
|
|
Ni la benda nyer... minuman wajib kalau kuar minum kat kedai. Tak kira la masa tu tengah diet ker, apa ker... Ni la kelemahan saya... Saya Giler sangat kat benda ni! Hahahahaha... 

Okay, rasanya setakat ni dulu.. Gambar kurus??? Oowwwhhh... nanti saya akan belanja dalam next entry ter! Kikiki.. 

Babai,
Thanks for reading this entry!




Saturday, March 19, 2016

Demong Beach Resort

Assalamualaikum..

Percutian yg dirancang dalam masa yg singkat! tapi, alhamdulillah terlaksana walaupun ada sedikit masalah sbb tak dapat bilik bawah yg menyukarkan bonda naik ke bilik. 

Best jugak kat Demong Beach Resort ni sbb ada pool yg agak besar & dekat dengan pantai. Kiranya kami seronok sgt sepanjang 2 hari 1 malam kat sini. Next Ghazalians Family Day kena plan betul2.. 

Semoga ukhuwwah kami adik beradik bertambah erat!


bersama adik yang ke-9, Eli 


kami... yg lain sibuk dgn urusan masing2...


kesayangan saya... seronok sgt la anak2 kalau dapat main air... sampai kecut2 tangan...


Humaira Batrisyia! 


Till then.. Babai..




Tuesday, February 16, 2016

Karipap Gergasi!!

Assalamualaikum.

Salam pada pukul 5.00 di petang Selasa. Di saat orang lain dah beredar untuk balik, saya teringin gak menulis 1 entry pada petang ni. Kenangan semasa berada di Sik, Kedah membuai-buai. Kenangan selama 6 bulan yang sangat berharga!

Antara yang menarik yang saya jumpa ialah....

KARIPAP GERGASI


Terkejut tengok karipap ni kat pasar malam. Terus beli sebab pelik & tak pernah jumpa kan. Penuh sepiring. Makan satu family.. hihihi.. Inti diperbuat daripada kentang. Rasa pun not bad, macam karipap2 lain jugak cuma yang membezakan hanyalah saiz nya sahaja.

Ada jugak makanan2 lain yang rare, tapi tak ambik la pulak gambar2 nya.. huhuhu.. Okay lah.. semua dah nak balik ni, saya pun dah nak kemas2 barang. 

Jumpa lagi di lain siaran..babai

Friday, February 12, 2016

Pertandingan Mewarna anjuran JAIP

Assalamualaikum.

Mood update blog membuak2.. Nanti boleh la anak2 ibu baca yer.. Tengok ragam & aksi masing2 masa kecik.. 

Kali ni nak citer pasal kakak Hureen pulak. Kakak Hureen ni memang suka masuk pertandingan mewarna. Masa pertama kali masuk dulu dia umur 6 tahun, masa tu bukan mewarna sangat... asyik tengok org jer... masa dah abis tapi lukisan tak abis pun dia warna.. Takpe la.. yang penting pengalaman kan...

Lepas2 tu dah makin kerap masuk pertandingan mewarna kat sekolah, pastu ada pertandingan2 lain pun saya daftarkan kakak masuk jugak.. Alhamdulillah... Lepas2 tu selalu la dia menang... Tahun lepas masuk pertandingan mewarna anjuran JAIP, menang la tempat kedua. Okay la kan daripada takde nombor.. hihihi...

Baru mula mewarna.. Yang dapat tempat pertama budak lelaki yang kat belakang tu.. Dia kaler terang sangat.. Cantik.


Kakak kaler kemas, ikut jer 1 arah tapi tak terang...


Kena paksa ambik gambar bersama hamper yang dia dapat.. Alhamdulillah...

Bila dah masuk tahap dua (darjah 4) ni dah kurang la yang boleh disertai.. Semoga kakak Hureen terus cemerlang dalam apa jua bidang yang kakak ceburi dan dapat manfaatkan ilmu yg kakak dapat dunia akhirat yer. Aamiin.

Sekian, nak buat soalan final exam pulak. Hihihi.



Thursday, February 11, 2016

Budak vs Bedak!

Assalamualaikum.

Menulis entry di tengahari Jumaat yang dingin. Mood buat kerja dah ke laut, tgh lepak2 tunggu masa nak balik tengahari ni. Sambil2 tu dok belek gambar2 lama. Terjumpa la gambar anak-anak yg bermacam ragam.. 

Antara aktiviti kegemaran mereka ialah menghabiskan bedak2 yang ada kat umah sampai habis. Kalau Kak Ngah Myra tahan la sikit... Dia akan pakai bedak tu banyak2 kat muka sampai jadi macam 'raja kapor...' Hahahaha... 




Tapi..... Kalau Cik Hannan... Dia akan main & curah bedak tu smpai habis 1 botol. Tak kira la botol besar mana, kalau botol kecik cepat la abis bedak nya. Kalau botol besar, maka sempat la ibu selamatkan sbb banyak kan untuk dituang... Huhuhuhu....


Ok la... Sekian utk kali ni...