kawan-kawan

Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

Sunday, November 30, 2014

Tahniah Kakak Hureen Balqiesh!!

Assalamualaikum!

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Disember dah. Cepatnya masa berlalu kan?? Nak kongsi kegembiraan bersama kawan2 semua. Ibu mana yang tak gembira tengok kejayaan anak2 kan?! 

Kisah Hari Anugerah Kecemerlangan sekolah kakak Hureen. Alhamdulillah dapat menghadirkan diri untuk tengok kakak naik pentas. Cantik pentas dihias oleh guru2. Tugas cikgu ni mencabarkan. Semua perkara kena buat, termasuk la kerja2 kreatif macam ni. Tahniah untuk guru2 yg komited.


Alhamdulillah.. Kali ni kakak lebih cemerlang dari tahun lepas. Dapat tempat pertama dalam kelas & tempat pertama keseluruhan darjah 2. Semoga lagi cemerlang di tahun2 akan datang!


Sekarang dah berani naik pentas. Kalau dolu2.. menangis meraung tak nak naik pentas. Tapi tu masa kakak kecik2. Sekarang dah besar dah. Dah darjah 2 dah kan... Semoga kakak jadi orang yang berani yer!


Senyum simpul dapat hadiah. Seronok sangat kakak sebab kali ni dapat hadiah banyak. Kakak teruskan usaha yer, jadi lebih cemerlang di masa akan datang. Tak kira kat mana kakak berada.


Bersama kawan2 satu kelas. Hari ni macam hari raya la buat diorang semua. Masing2 seronok dgn hadiah yag diterima. Kiranya usaha tahun 2014 terbayar la hari ni. Bagus sangat cikgu besar sekolah ni sebab semua kategori diberi pernghargaan termasuklah login terbanyak utk program Frog VLE. Dapat menaikkan semangat pelajar. Walaupun cuma dapat sebiji buku tapi tu dah cukup bernilai buat pelajar2 ni. Bravo!!!


Bersama kawan baik. BFF kakak la ni. Sentiasa berkepit jer ke mana2. Satu kelas kat sekolah, satu kelas kat kelas agama petang. Pendek kata ke mana2 bersama la. Semoga ikatan persahabatan kakak & Nadiah ni berkekalan walaupun berjauhan nanti. Masing2 dah sedih nak berpisah.. huhuhu..


Budak ni kebosanan menunggu turn kakak naik pentas. Kejap baring atas abah, kejap baring atas lantai dewan, kejap baring bawah kerusi. Sabo jer la. Dah la satu dewan dok dengar suara dia menjerit jer. Bila adik Myra besar, ikut macam kakak yer!



Kakak dengan cikgu Rohana, cikgu kelas merangkap cikgu Bahasa Melayu. Masa darjah 1 pun ajar BM kakak jugak. Sebelum kakak naik kelas 1 Intelek, kakak dok dlm kelas 1 Inovatif, masa tu cikgu Rohana ni guru kelas kakak. Tu yang jadi rapat sgt kakak & cikgu Rohana ni.


Teacher Mazlina. English teacher kakak. Ni la faveret subjek kakak. Setiap kali exam darjah 1 & darjah 2 ni memang utk subjek English kakak dapat 100%. Hhmmm... ke mana lagi tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?? Otak kiri jugak mcm ibu. Patut la matematik kakak dapat 80%. Kena byk buat latihan matematik ni nampak gayanya.


Ustazah Hasniatun. Guru Agama Islam kakak masa darjah 1. Kakak cakap ustazah ni baik sangat, tak pernah marah kat murid2. 


Ni la ibu kakak yg super duper garang! hahaha. Dalam2 dok garang ni la hasilnya kan. Hihihi. Ibu sayang kakak sangat2. Sayang kakak dunia akhirat. Sayang kakak kerana Allah. Ibu bangga ada anak macam kakak, walau mcm mana pun result kakak, ibu sayang kakak.

Doa ibu :

"Semoga semua anak2 ibu; Hureen Balqiesh, Humaira Batrisyia & Hannan Basheera beroleh kejayaan yang cemerlang di dunia dan dapat manfaat ilmu ini utk kebahagian di akhirat kelak"

Aamiin.





Monday, February 4, 2013

Beg sekolah tertinggal!

Salam semua...

Ggggrrr.... first expression bila sampai jer kat sekolah n find out kakak tertinggal beg sekolah dia. Actually kerja2 ngangkat beg ni abah yg buat, mcm mana la hari tu abah lupa nak masukkan beg tu dalam kereta (bukan salahkan abah pun). Kakak lagi la, bukan nya ambik kisah beg dah masuk keta ker belum. Hari tu pulak dah kuar rumah lambat. Memang banyak la halangan yg berlaku hari tu. 

Tapi, alhamdulillah... Saya terima dgn redha. Bukan nya masalah besar pun dan mungkin semua ni jadi pengajaran dan lepas tu kakak lebih prihatin dgn barang2 dia. Susah kan nak train anak supaya berdikari, need a lot of passion.. Anyone yg ada tips utk latih anak berdikari bleh la share yer. Really need helps here...

Itu saja utk hari ni...


Sunday, January 27, 2013

Kakak yang busy...

Salam semua...

Dah hampir sebulan kakak sekolah.. Alhamdulillah... sehingga ke hari ni kakak masih rajin (walaupun kadang2 tak berapa nak rajin) ke sekolah. Semoga prestasi ni berkekalan hingga ke hujung tahun... Amin. Jadual kakak memang padat... 

Isnin - Jumaat
7.30 - 1.15 : Sekolah
2.30 - 5.00 : Fardhu ain & mengaji

Sabtu & Ahad
8.00 - 11.15 : Tuisyen

Penat kan? Mesti terkejeut sebab baru darjah 1 tapi sy dah htr tuisyen. Sebenarnya, sy tanya jer then dia yg beriya-iya nak sbb nya hari tu dia tak dapat naik kelas intelek (kiranya Intelek tu kls plg pandai la). Sekarang dia kat kelas Inovatif. Padahal nyer... dah tanya cikgu, kelas intelek n inovatif tu sama jer pun. sebab kan baru darjah 1. Kakak.... kakak....

Bila direnung2 kan, masa zaman kita darjah 1 dulu takde la mcm ni kan. Kesian budak2 sekarang. Saya masa darjah 1, balik sekolah jer terus main masak2. Mana terfikir nak g tuisyen ke apa. Darjah 6 pun masuk kelas tambahan yg sekolah buat jer. Tapi mungkin ni dah trend zaman sekarang kot.

Ni kira ok. Ada sesetengah parents tu, masa 5, 6 tahun dah htr anak pi tuisyen. Kalau anak nak takpe jugak, tapi kalau anak taknak, takyah la kot paksa2. Nanti jadi lain lak. Ni pendapat saya la. Cara didikan anak tu berbeza. 

Walaupun jadual kakak sibuk n padat, tapi kakak still dapat bermain ngan adik myra... Yg penting kita kena bg jugak reward kat anak2 yg dah penat belajar. Kan??



Babai for now...




Thursday, January 3, 2013

Kakak dah sekolah

Salam...
 Dah besar panjang dah anak sy ni. Dah masuk darjah satu dah pun... Ibu yg excited anak nak masuk sekolah. Dari persediaan baju sekolah, barangan sekolah dan segala-galanya... Tapi mcm biasa la, semua barang kaler pink.. Gegirl kan... Huhuhu... 



 Ni masa hari orientasi.. Cikgu bawak pergi kantin n ajar mcm mana nak beli makanan.. Risau jugak sebab kakak mmg fail bab2 nak beli2 ni... Masa ni jugak kena ambik buku teks. Yg kelakar nyer, sy smpai ambik 2 set buku teks... Satu saya ambik, satu set lagi abah yg ambik.. Hihihi...

Hmmm... Sampai la hari pertama persekolahan. Cuak nyer la takut dia tak dapat beli.. So, sy pun pegi la skodeng kakak kat kantin.. Sampai jer, kakak tanya "kenapa ibu datang?" huhuhu... Rasa dah besar sangat la tu... Masa sampai tu pun dia dah beli makanan dah... Ok la tu. Hari kedua dah tak gi tgk dah. Tanya member yg gi tgk anak dia, dia kata kakak ok jer. Alhamdulillah... 

Tapi kan... dalam tak pandai membeli pun, dia dah shopping kat koperasi habis beringgit-ringgit duit nyer... Ambik ko... Nak bagi 2 ringgit, takut tak cukup. Tapi bila bagi 3 ringgit, dia berabis kat koperasi pulak. Dia beli ntah apa-apa ntah... Layan jer la... dia tgh excited tu... 

Harapan ibu... Semoga kakak rajin belajar... Dengar cakap cikgu... Be the best among the best!!

Chaiyok!!!