kawan-kawan

Thursday, October 2, 2014

Kesabaran Ibu tercabar dan dicabar!

Assalamualaikum.

Haishhh...
Memang kesabaran ibu amat teruji bila kena handle anak2 dara 3 orang ni. Lagi2 la anak dara nombor 2 ni. Kakak n Cik Hannan tak banyak karenah sangat, kira ok la lagi. Pepagi hari minggu baru2 ni, tetiba jer dia datang kat saya tunjuk muka yang dah berconteng. Dia kata, Ibu, adik jadi burung hantu. Huhuhu. Kusssss semangat!!! Ok. 

Petang nya, ambik pulak kaler magic pastu conteng hidung n pipi konon2 nak jadi kucing. Haiisshhh... geram betul. Sudah nya, saya ambik lipstik buat hidung, pastu ambik eyeliner conteng kat pipi buat misai. Hah! Puas hati rasa. Huuissshhh... dia lagi la seronok. Sepanjang hari tu memang muka macam tu. Dia tak sapu smpai la ke petang. Hihihi..

Ni la dia si kucing mengada-ngada tu... 





Kesabaran teruji tapi terhibur dengan keletah anak dara yg sorang ni. Kalau adik Myra takde, rumah jadi sunnyyyyiiii sesangat! 

Ibu sayang anak2 ibu semua.. Ummmuah!!!!



Tuesday, September 23, 2014

Ibu Sayang Kakak Sangat2!!

Assalamualaikum!!

Hari ni feeling ibu insaf! Kisah si ibu & si anak dara sulung a.k.a kakak ni (kena mention anak dara yg mana sebab semua nya pompuan!). Tak tau la kenapa, sy ni bila bercakap dgn kakak selalu jer emo tak pasal2. Haiisshhh. Memang mcm tu la. Pelik jugak dgn diri sendiri tapi kadang2 mmg ada jer benda yg kakak buat yg tak berapa betul tapi, sabar kat dada ni kurang sgt. 

Semalam ada kursus sehari kat tempat kerja, tajuk : Superwoman, Superwife and Supermom oleh Ustazah Noor Laila Aniza Bt Zakaria. Ya Allah... sangat terkesan dijiwa untuk jadi seorang yg lebih positif. Alhamdulillah syukur sgt2 sbb terpilih utk berada di majlis ilmu tersebut. Syukur Ya Allah.

Bila balik jer semalam, jumpa anak2.. Tengok mata anak2.. Perasaan bersalah, kesal, terharu, sedih, semua nye bercampur baur sbb selama ni ibu ini sangat garang. Huhuhuhu.. Mulai semalam, sy terus bertukar watak menjadi ibu yg bercakap sopan dan lemah lembut ngn anak2 (sesekali tersasul gak!). Ya Allah, semoga sifat sopan dgn anak2 ni bertambah baik dan berkekalan. Saya sayang anak2 saya yg kadang2 (sentiasa sebenarnya) menguji kesabaran dan keimana seorang ibu. 

Allah datangkan dan bagi pinjam anak2 ini supaya saya jaga sebaik2 nya. Kepada anak2 ibu, kakak terutamanya, Ibu mohon maaf. Ibu selalu marah kakak atas kesalahan yg kecil. In sha Allah, ibu akan berubah sedikit demi sedikit. Ibu akan letakkan sifat garang ibu ini pada tempat yang sepatutnya yer. Nak delete tak boleh sbb garang ni kena ada jugak.. Hihihi. 

Okay, sekian utk kali ni.

Ibu sayang Kakak Hureen Balqiesh!!

Tuesday, September 9, 2014

Babai Abah... Tears....

Assalamualaikum.

Kisah hari sabtu sebelum abah berangkat ke Sungai Petani. Hmmm.. Mula2 tau abah kena pindah Kedah, gembira + sedih + marah + takut + seronok  dan macam2 lagi.

Gembira = sebab abah naik gred.
Sedih = sebab akan berjauhan dengan abah.
Marah = sebab abah nak tinggalkan kami.
Takut = sebab nak kena drive pepagi hantar anak.
Seronok = sebab nnti dapat pindah sana jugak n kenal tempat orang.
dan.. mcm2 lagi la perasaan yg ada.

Ok la kan sebab last2 tu seronok gak bila mengenangkan nak pindah negeri orang ni. Sekarang ni pun dok menetap di negeri orang. Tapi sedih gak sebab nak tinggalkan Pahang ni. 

Eh, tajuk nyer macam sedih tapi tak sampai lagi ke cerita nya. Takpe la, kita tengok gambar jer mcm mana aksi Adik Myra masa abah nak bertolak ke Sungai Petani. Ibu yg tengok ni... huhuhu sedih nyer la! Tapi tahan jer.

Beriya dok tarik tgn abah ke kereta sbb nak ikut sekali pi Kedoh. T_T


Tak nak dah salam ngn abah sebab dia nak ikut sekali. Kalau salam maksudnya dia kena tinggal.


Muka sedih. Haisshhh... pandai sungguh budak ni buat ekspresi muka.


Sudahnya smpai duduk kat kaki abah sbb taknak abah tinggalkan dia.


Dok paksa abah bangun sbb tak sabar nak berangkat ke Kedoh. Huhuhu.


Last2... Sedih ibu tengok. Ibu suh abah ajak Adik Myra masuk n baring2 minum susu dulu. 

Selepas minum susu, alhamdulillah Adik Myra tenang. Boleh jer babai abah depan pintu umah. Dia tenang taknak ikut sbb cakap abah nak gi work. Bukan nak gi Kedah. Kalau cakap nak gi Kedah, confirm akan meraung gak tu. Bertabah la wahai hati. In sha Allah akan mengikuti abah sedikit masa lagi... 
Aameen.

Sedih sgt, bila fikir2 nak pindah ni sebab kat sini ada pengasuh yg sangat caring yg jaga anak2 saya mcm anak dia sendiri. Kat sana nanti tak tau la mcm mana. In sha Allah dipermudahkan segala nya di sini dan di sana nanti. 
Aameen.

Babai. Thanks for reading!

Friday, August 29, 2014

Abah nak makan apa??

Assalamualaikum.

Rutin petang. Alamak, bukan rutin pun. Kadang2 jer. Tapi kadang2 yang kerap. Hihihi. Tapi memang kerap jugak la buat aktiviti ni. Intro punya la panjang. Bukan rutin apa pun, rutin makan kat kedai lepas balik kerja jer pun. Kikiki!!


Abah, ibu nak makan apa? sokmo memang macam ni. Dia jer yang over kalau org datang nak ambik order. Makanan faveret mee. Tak kira la apa jenis mee pun. Yg sejenis dengan mee mcm spageti, laksa, kuetiaw tu semua dia panggil mee. Layan kan jer la.


Konon2 tengah baca menu la tu. Uuuiiisshh... berlagak jer lebih ni. 


Okay dah siap. Menu nya, mee n air bandung jer pun. Kikiki.

Babai. Entry pendek di petang Jumaat. Selamat berhujung minggu semua. Semoga diisi dengan aktiviti yg bermanfaat.

Thanks for reading!

Sunday, August 24, 2014

Majlis Perpisahan Kekasih Hati

Assalamualaikum.

Alhamdulillah selamat smpai ke home sweet home. Balik kg 2 hari sbb nk tgk Bak (ayahanda) yg tak sihat. Alhamdulillah Bak pun dah makin ok. Lega rasa. Mah (bonda) n MIL pun sihat2 semua. 

Entry simple di mlm yg sunyi. Nak citer pasal perpindahan kekasih hati, En. Hairus b Hassan yg ditukarkn ke IKM Sungai Petani, Kedah. Huhuhu. Gembira tetapi sedih.

Sejak kahwin tak pernah duduk berasingn. Pengalamn pjj mmg takde n taknak klau boleh.. tetapi kita hanya merancang, Allah yg menentukn dan perancangn Allah adalah yg terbaik.


Gembira sebab encik suami naik pangkat, alhamdulillah rezeki kami sekeluarga. Sedih sbb terpaksa berpisah (sementara je pun). Sy dah isi n hantar borang tukar utk ke Kedah jugak (teruja sebenarnya, hik!!). Semoga permohonan sy diluluskan secepat mungkin.  


Dalam2 dok sedih, sempat ber selfie dgn bestie, Nazahiah. Teman makan2, teman menangis n ketawa. Kalau kena pindah nanti... will miss her a lot!! Tapi takpe, balik kelate mesti dapat jumpa. Kan?


Majlis perpisahan & persaraan yg besar sbb rmai yg akan bertukar pada tarikh yg sama. Semoga semua yg akan bertukar ni sukses di tempat baru. 

Kadang2 pertukaran ni perlu utk luaskan pandangan n tambah pengalaman. Boleh belajar budaya baru dan boleh kenal rmai org.


Part paling tak best ni la.. Kesian kat princess 3 org ni yg rapat sgt ngn abah diorang ni. Semua nya nak abah. Sikit2 abah.. sikit2 abah.. (ibu jeles ler tew!!). Semoga anak2 ibu n abah ni behave sepanjang abah dok jauh sementara ni yer. Doakan supaya sy cepat dapat pindah jugak. 

Okay la. Takmo tulis panjang2. Nnti takut banjir sebelum musim tengkujuh pulak. Huhu (tears). 

Babai. Thanks for reading this entry.


Liney
Pengedar Shaklee Pekan
019-9771418   

Thursday, August 21, 2014

Floria 2014 ~ Entry yg tertangguh!

Assalamualaikum.

Salam Jumaat kepada semua yer. Hari ni tetiba ada mood nak upload entry tertangguh ni. Floria 2014. Uuuissshh... Excited nak gi Floria ni (pesta flora - nama dolu2). Nak tengok bunga la konon nya. Lagi excited sbb dok tgk org update status kat fb yg kat payung2 tu dan nak bawak anak2 jalan tgk bunga. Alhamdulillah.. Ada rezeki ke sana pada hari terakhir tu sebab otw nak balik Pekan. Kebetulan ada program Shaklee kat Melaka.

Jom.. kita tengok gambar2 yg sempat dirakam dalam kepanasan yg mencengkam kulit. Huhuhu.

 Tempat pertama yg kami masuk. Adik Myra yg suka tiru aksi kakak.


2 mood yg berbeza. Adik Myra yg excited dapat bergambar ngn monkey. Kakak yg kepanasan. Puteri lilin la sangat. Huhu..


Lagi aksi adik Myra yg teruja. 


Teruja tgk flower banyak2. Bunga tahi ayam jer pun, tapi cantik walaupun bau busuk.


Verangan dok dalam hot air ballon.


Tengok la keterujaan adik Myra ni. Memang takde la gambar yg perfect.


Kakak yg kontrol cute la konon nya. 


Kakak muka protes. Dah panas sangat. Tudung pun dah cabut. Berpeluh-peluh takyah cakap la tapi ikutkan jugak sbb adik nak ambik gambar dekat horsh!!

Gambar cik Hannan takde la pulak. Sian Cik Hannan. Okay. Nak balik dulu. Nak ambik kakak kat sekolah. 

Babai.

Thanks for reading this entry.




Sunday, July 13, 2014

Gadis melayu terakhir!

Assalamualaikum.. 

Selamat berhujung minggu yer! Hujung minggu ni bermalas-malasan di rumah dgn anak2 n suami je. Main masak2 utk berbuka. Seronok. Takde apa yg nak difikirkan. Tapi.. fikir jgk pasal pertukaran encik suami ke Kedah lepas raya ni. Huaaaa... sob, sob, sob..

Takpe la.. semua yg berlaku ni ada hikmah. Saya terima dgn redha. Sy pun akan menyusul ke sana, in sha Allah.. 

Hari ni nak share kisah adik Myra yg suka bergaya, suka melaram. Lately mmg suka pkai bj kurung sbb nak gi school kata dia. So, ibu layankan jer. 

Jom kita layan gambar adik Myra posing. Ni masa ambik dia umah pengasuh.





Okey. Sekian. Selamat berhujung minggu!!

Thanks for reading this entry!

Mencari suplemen utk seisi keluarga? 
• set kesuburan
• set hamil
• set kecantikan
• set anak pintar
• set gout
• dll
Hubungi saya yer :
019-9771418