kawan-kawan

Wednesday, May 6, 2015

Myra turns 4!!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah berkesempatan untuk menjengah & update blog kesayangan. Selalu gak jenguk umah ni tapi sbb sibuk dok jenguk umah baru jadi umah ni berhabuk la sikit. Huhuhu.

Kisahnya.. 8 Mac lepas ialah hari lahir Adik Myra yang terlajak aktif. Sabar jer la. Memang kalau ikutkan perangai dia, boleh stress tahap dewa dah ibu ni. Tapi, mmg kena banyak bersabar dan kena tahan amarah yg membuak2 setiap kali dia tantrum.

Kalau abah ada takpe lagi, tapi bila abah takde mula la ibu yg cun melecun debab ni bertukar jadi ala-ala tarzan yg tgh mengamuk!! Kadang2 dia menjerit2 bukan sbb kes besar2 pun.. Sebab susah nak bukak baju pun dia boleh menjerit2 mcm apa dah. Hai la anak.. Ibu mmg kena byk bersabar... Sangat!!

Kami setiap kali tiba harijadi ni tak la sambut beriya, just kami2 1 family jer. Kali ni sambut kat Kedah Aman Makmur! Ok la. Simple2 jer pun, takpe.. asalkan Adik Myra happ sbb dia dapat sambut 'happy birthday to you' kata dia. Kikiki

Kami gegirl pujaan hati abah ni!!! hihihi


Teruja sangat nak potong kek sendiri. Biarkan jer la daripada dok dengar dia mengamuk tak tentu pasal tu. Redha T_T


3 beradik; Hureen Balqiesh, Humaira Batrisyia, Hannan Basheera. 
Selebet nyer la rambut kakak. Huhuhu


Dah siap2 dia potong2 kek dijilat nyer sudu tu.. Pastu buat potong kek & kami pun makan! Takpe la... Redha jugak kami anak beranak.


Birthday kek yg abah belikan. Ok la sbb ibu pesan suruh beli yg ada gambar kartun. Kalau ikutkan nak yg gambar frozen, tp ni jer yg ada.


Kasih seorang kakak, wlaupun kena mengalah & kena buli sepanjang masa, kakak belikan adik Myra coloring book kat koperasi sekolah. T_T terharu ibu (tetiba kan??)


Ni la Birthday Girl yg super duper aktif, keletah & banyak cakap tu. Ibu doakan semoga adik Myra berjaya dunia & akhirat. Cemerlang di dunia & dapat memanfaatkan ilmu 

Tuesday, December 9, 2014

Flawless!!

Assalamualaikum!

Alhamdulillah... semester ni dah tamat. Hari ni last senat utk semester Julai-Disember 2014. Abis jer senat, semua pensyarah dapat bercuti la dgn senang hatinya. Saya bercuti minggu depan seminggu, apalagi... balik kampung la. Yeeehaaaaa... Seronok!!!!

Kisah flawless. Hari tu tgh ngajar2 students semeter akhir kursus elektrik, kebetulan masa tu saya tak apply mekap so... mcm biasa la.. ada jer yg perasan sy tak bermekap... Pastu terkeluar la perkataan flawless..  Hahhh... mula la riuh satu kelas hari tu.. hihihi.. 

Rupanya memang sorang student kelas tu yang dok giler ngn word "flawless" ni rupanya. Hah, mula la topik hari tu berkisar pasal flawless jer! hahaha... teacher layankan jer sebab "flawless" tu english word kan.. Kira word of the day la tu.. kih kih..  

So, hari ni nak kongsi sikit pasal testimoni VITAMIN E & VITA C SHAKLEE. Testimoni ni pun ex-student IKM TSYA ni jugak. Kami selalu dok ber'whatsapp' dan dia citer la muka dia naik jerawat. Pastu masa tu dia dekat nak bertunang. Sian pulak dengar, saya cadangkan suh dia ambik Vita E & Vita C. 

Ni gambar sebelum & selepas ambik vita e & vita c lebih kurang sebulan. Dia kata jerawat tu banyak klau tengok kat luar. Dalam gambar tak nampak sangat. Seronok dia bila muka jadi licin & kemerah-merahan lepas ambik 2 vitamin kecantikan ni. Alhamdulillah.. seronok dengar & rasa rugi pulak kalau tak share kebaikan ni dengan kawan2. 


Kalau berminat nak dapatkan vita e & vita c boleh jer mesej2 saya yer (019-9771418) sebab bulan ni ada promo 2 jenis vitamin ni tau! Harga sangat berbaloi dan tahan 4 - 6 bulan tau!

Okay, sekian untuk kali ni. 

Thanks for reading this entry!!



Sunday, December 7, 2014

Budak Kecik Gila Handphone!!!

Assalamualaikum!

Apa khabar semua?? Saya sihat sikit sebab ada lagi batuk2 & selesema yang berbaki. Kena bersyukur sebab masih berpeluang menghirup udara yang nyaman di bumi Allah ini.. Alhamdulillah..

Hari ni nak citer2 kisah anak dara yang paling kecik ni ~~~ Cik Hannan Basheera. Apa dia suka buat masa lapang?? Hhhhmmmm... itu la yg merisaukan saya sebab dia suka sangat 'tengok' handphone. Tak kira la tepon sape yang dia nampak, dia akan ambik n tekan2 apa benda yang dia nak tengok. Pandai pulak tu bukak kat gallery, tekan folder video & pilih video yg dia nak tengok. 

Anak2 zaman IT ni kan macam tu la. Seroiusly 'kepandaian' dia tu tak la membanggakan saya sebab saya takut ada effect yg tak elok kat budak2 kecik macam dia. Risau tau. Rasa macam mencabar nyer la membesarkan anak2 generasi Y ni. Masa kakak kecik2 dulu tak la macam ni. Kakak lebih minat nak tengok buku berbanding dengan gadjet2 ni. Itu lagi saya suka. 

Apa yang lebih merungsingkan bila kita ambik jer tepon daripada dia, dia akan menangis & merajuk. Isshhh... risau betul!! Takut sampai tahap addicted la pulak. Huhuhu...

Kalau mommies kat luar sana ada tips & petua macam mana nak handle anak2 macam Cik Hannan ni, feel free to leave comments yer! I really appreciate it.. 






Babai. Till then.
Short entry sebelum gi senat. Alhamdulillah... Semester Julai-Disember about to end really soon. 

Thanks for reading this entry!

Sunday, November 30, 2014

Rasa yang saya tak suka!!

Assalamualaikum.


Tak suka betul kalau ada perasaan macam tu tau! Saya bukan benci dia, tapi rasa hormat saya terhadap dia dah hilang sebab dia yang sekarang bukan dia yang dulu. Dulu dia lah tempat rujukan kami termasuk lah saya. Tapi sekarang tidak lagi... Sedih sangat. Bila timbul persoalan kat kepala ni, kena fikir dalam2... Mungkin ini adalah UJIAN yg Allah bagi dekat dia & saya.

Benarlah kata orang. Jangan melihat orang pada masa sekarang kerana orang itu akan berubah pada bila2 masa jer. Perubahan memang bagus kalau ke arah kebaikan tapi kalau perubahan tu ke arah yang tak elok... sedihnya... kan???

Ya Allah.. tetapkan lah hati ku untuk terus mencari REDHA mu. Semoga aku akan berubah menjadi yang lebih baik daripada sekarang. Aku juga memohon kepada Mu agar dipelihara diriku, keluargaku, suamiku, anak2 ku, kawan2 ku dan seluruh muslimin & muslimat daripada terpengaruh kepada perkara2 yang tak elok.

Aamiin.

Saya tulis ni untuk peringatkan diri sendiri. Perkara ni memang menjadi pengajaran untuk diriku. Semoga ianya menjadi pengajaran untuk diri orang lain jugak. In sha Allah.

Thanks for reading this entry!



Tahniah Kakak Hureen Balqiesh!!

Assalamualaikum!

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Disember dah. Cepatnya masa berlalu kan?? Nak kongsi kegembiraan bersama kawan2 semua. Ibu mana yang tak gembira tengok kejayaan anak2 kan?! 

Kisah Hari Anugerah Kecemerlangan sekolah kakak Hureen. Alhamdulillah dapat menghadirkan diri untuk tengok kakak naik pentas. Cantik pentas dihias oleh guru2. Tugas cikgu ni mencabarkan. Semua perkara kena buat, termasuk la kerja2 kreatif macam ni. Tahniah untuk guru2 yg komited.


Alhamdulillah.. Kali ni kakak lebih cemerlang dari tahun lepas. Dapat tempat pertama dalam kelas & tempat pertama keseluruhan darjah 2. Semoga lagi cemerlang di tahun2 akan datang!


Sekarang dah berani naik pentas. Kalau dolu2.. menangis meraung tak nak naik pentas. Tapi tu masa kakak kecik2. Sekarang dah besar dah. Dah darjah 2 dah kan... Semoga kakak jadi orang yang berani yer!


Senyum simpul dapat hadiah. Seronok sangat kakak sebab kali ni dapat hadiah banyak. Kakak teruskan usaha yer, jadi lebih cemerlang di masa akan datang. Tak kira kat mana kakak berada.


Bersama kawan2 satu kelas. Hari ni macam hari raya la buat diorang semua. Masing2 seronok dgn hadiah yag diterima. Kiranya usaha tahun 2014 terbayar la hari ni. Bagus sangat cikgu besar sekolah ni sebab semua kategori diberi pernghargaan termasuklah login terbanyak utk program Frog VLE. Dapat menaikkan semangat pelajar. Walaupun cuma dapat sebiji buku tapi tu dah cukup bernilai buat pelajar2 ni. Bravo!!!


Bersama kawan baik. BFF kakak la ni. Sentiasa berkepit jer ke mana2. Satu kelas kat sekolah, satu kelas kat kelas agama petang. Pendek kata ke mana2 bersama la. Semoga ikatan persahabatan kakak & Nadiah ni berkekalan walaupun berjauhan nanti. Masing2 dah sedih nak berpisah.. huhuhu..


Budak ni kebosanan menunggu turn kakak naik pentas. Kejap baring atas abah, kejap baring atas lantai dewan, kejap baring bawah kerusi. Sabo jer la. Dah la satu dewan dok dengar suara dia menjerit jer. Bila adik Myra besar, ikut macam kakak yer!



Kakak dengan cikgu Rohana, cikgu kelas merangkap cikgu Bahasa Melayu. Masa darjah 1 pun ajar BM kakak jugak. Sebelum kakak naik kelas 1 Intelek, kakak dok dlm kelas 1 Inovatif, masa tu cikgu Rohana ni guru kelas kakak. Tu yang jadi rapat sgt kakak & cikgu Rohana ni.


Teacher Mazlina. English teacher kakak. Ni la faveret subjek kakak. Setiap kali exam darjah 1 & darjah 2 ni memang utk subjek English kakak dapat 100%. Hhmmm... ke mana lagi tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?? Otak kiri jugak mcm ibu. Patut la matematik kakak dapat 80%. Kena byk buat latihan matematik ni nampak gayanya.


Ustazah Hasniatun. Guru Agama Islam kakak masa darjah 1. Kakak cakap ustazah ni baik sangat, tak pernah marah kat murid2. 


Ni la ibu kakak yg super duper garang! hahaha. Dalam2 dok garang ni la hasilnya kan. Hihihi. Ibu sayang kakak sangat2. Sayang kakak dunia akhirat. Sayang kakak kerana Allah. Ibu bangga ada anak macam kakak, walau mcm mana pun result kakak, ibu sayang kakak.

Doa ibu :

"Semoga semua anak2 ibu; Hureen Balqiesh, Humaira Batrisyia & Hannan Basheera beroleh kejayaan yang cemerlang di dunia dan dapat manfaat ilmu ini utk kebahagian di akhirat kelak"

Aamiin.





Thursday, October 9, 2014

Hureen & Humaira

Assalamualaikum. 

Kisah 2 beradik. Gambar ni di ambil masa kakak & adik 3 tahun ++. Tetiba jer ada gambar yg lebih kurang. Bila di tengok2 balik, muka 2 beradik ni macam sama jer. Serupa jer kot tapi tak sama. Ni dari segi rupa jer la. Karektor memang jauh berbeza. Si kakak, lemah lembut. Si adik, alahai... malas nak cakap... 





Seronok sangat main pasir. Plan nya bukan nak main air or pasir pun tapi si kecik ni biasa la. Kalau dah jumpa air tu.. tak ingat dunia dah. Nasib sempat bukak baju sebelum dia terjun dlm air. Dah la baju semua tak bawak. huhuhu... Sabo jer la...





Ni pulak si kakak yg always ayu jelita. Memang dia nak sentiasa cantik jer.. Huhu.. Sangat la drama queen. Tapi kakak ni senang nak handle sebab dia sgt la behave. Adik pun sama tapi kena ada trick cket.

Okay sekian. Cerita ceriti untuk hari ni.

Babai.



Thursday, October 2, 2014

Kesabaran Ibu tercabar dan dicabar!

Assalamualaikum.

Haishhh...
Memang kesabaran ibu amat teruji bila kena handle anak2 dara 3 orang ni. Lagi2 la anak dara nombor 2 ni. Kakak n Cik Hannan tak banyak karenah sangat, kira ok la lagi. Pepagi hari minggu baru2 ni, tetiba jer dia datang kat saya tunjuk muka yang dah berconteng. Dia kata, Ibu, adik jadi burung hantu. Huhuhu. Kusssss semangat!!! Ok. 

Petang nya, ambik pulak kaler magic pastu conteng hidung n pipi konon2 nak jadi kucing. Haiisshhh... geram betul. Sudah nya, saya ambik lipstik buat hidung, pastu ambik eyeliner conteng kat pipi buat misai. Hah! Puas hati rasa. Huuissshhh... dia lagi la seronok. Sepanjang hari tu memang muka macam tu. Dia tak sapu smpai la ke petang. Hihihi..

Ni la dia si kucing mengada-ngada tu... 





Kesabaran teruji tapi terhibur dengan keletah anak dara yg sorang ni. Kalau adik Myra takde, rumah jadi sunnyyyyiiii sesangat! 

Ibu sayang anak2 ibu semua.. Ummmuah!!!!