kawan-kawan

Wednesday, February 29, 2012

It's 29 Feb!

Hari ni 29 Feb... Kita akan berjumpa 4 tahun lg :) Kepada sesiapa yg sambut hari lahir pada hari ni saya ucapkan selamat hari lahir. mesti sambut besar-besaran kan?

Tadi terdengar sekumpulan kanak2 dok bercakap... Ini dialog nyer :)

Boy : Hari ni hari jadi ko kan?
Girl : A'ah...
Boy : Hari jadi ko 4 tahun sekali kan?
Girl : A'ah... Dah lama aku tunggu hari jadi aku ni...

Kesiannya.. hapefully parent gegirl ni sambut la hari jadi anak dia ni...

Nite everyone :)

Monday, February 27, 2012

No idea :)


Salam semua...

Oppss... jangan terbalik kan lappy anda sbb memang roses ni digantung, cantik kan? Hmm... actually kali ni saja nak buat entry merapu merepek jer due to the kelembapan internet... nak upload gambar punya la slow nyer... huhuhu...

penat... asyik2 penat jer saya ni :( hehehe... now dah nak abis bulan february. rasa mcm kejap sgt masa berlalu n rasa mcm baru jer masuk tahun 2012 tp rupanya dah nak masuk bulan mac dah... pejam celik pejam celik nanti tgk2 dah nak masuk disember...

Bulan mac dah makin hampir... 8th of mac is adik myra's birthday :) dah setahun rupanya si kecik tu.. gigi dah kuar cket, berjalan br lepas selangkah jer, tp lasak tok sah citer. tak terkejar weiii... myra ni totally different drpd kakak. merasa la menjaga ank yg lasak sbb kakak dulu sgt la behave. tak kisah pun lasak ker apa ker yg penting adik myra sihat...

Alhamdulillah kakak Hureen dah dapat rentak... dah rajin gi sekolah... dah tak mengamuk2 lg dah, cuma kena train dia more independent n biar cergas sikit... nak kena push jer, tp smpai bila kan? kena talk to her nicely ni... n nak kena ada justifikasi kenapa dia kena buat semua benda2 tu kalau tak susah nak mereka reason bila dia tanya... huhuhu... ibu nk kena kreatif utk tackle her questions... mencabar sungguh.. kdg2 confuse, umur berapa anak aku ni? mcm soalan budak darjah 6... huhuhu...

kerja pulak makin lama makin menimbun, huhuhu... tugas sampingan lg byk dr tugas hakiki.. byk nyer la kerja pending tp by the time boss nak, keje dah beres... ok la tu... walaupun buat keje last minute n kadang kena buat keje on weekend (sori eh kakak n adik)...

semua ni sy terima dgn hati terbuka... at least sy masih lg sihat utk melakukan semua tugasan ni :) kesian kat ketua jabatan saya yg diduga dgn penyakit.. semoga beliau sembuh seperti sediakala dan semoga baby yg dikandungnya pun sihat... amin :) seorang staf kat tempat keje sy juga diduga dengan kematian isteri... Innalillahi wainna ilaihi rajiun... semoga beliau juga tabah...

Doaku...
"Ya Allah... Semoga kami sekeluarga dilindungi olehMu... Amin..."

Hingga Jumpa Lagi... Babai...


Wednesday, February 22, 2012

The Red Warriors!!

Hehehe... kali ni nak cerita pasal TRW. bukan cerita apa pun, baru2 ni dalam bulan januari kot ada pegi tgk pelancaran jersey baru TRW (tp, bila dah smpai, event tu baru jer habis) huhuhu... kesian en. suami, kempunan.. tp, dah alang2 smpai kat situ, so kami lepak2 ler sekejap. mana la tau kan kot2 dpt tgk player TRW.

.
Ibu, kakak n adik :) sampai jer terus bergambar...



tetiba jumpa jiran :) walaupun kami berjiran, tp dah lama sgt tak jumpa (face-to-face la) sejak tahun 1990 kot. last jumpa n borak2 masa dia darjah 6. skang dia dah jadi doktor, dia satu family memang minat TRW... kerana mu TRW kami diketemukan... hehehe



tgh2 dok layan kakak n adik, tetiba Datuk Annuar Musa lalu kat depan..



peminat cilik TRW... smile :)



penantian berakhir bila sorang demi sorang player TRW keluar drpd TRW Station.. dapat la tengok Piya n Fahmi secara live. ingat nak bergambar ngan diorang tp segan la pulak. dah la masa tu tgh dukung adik.. hehehe...



~ Khairul Fahmi Che Mat ~

sekian. Babai n selamat berhujung minggu utk semua :)


Sunday, February 19, 2012

Di saat ku memerlukan mu...

Lamanya tak gi bercuti mana2 dan lama la jugak dah tak bawak kakak mandi kolam :( Tetiba abah ajak pegi De Rhu Kuantan sbb abah ada reunion. Seronok :) Biar la setakat bercuti kat Kuantan jer sbb at least dapat la bermalas-malas kat hotel :) Paling best bila dapat bawak kakak mandi kolam n boleh la jadikan percutian ni as a reward utk dia sbb dia rajin gi sekolah :) Ok la kan, bg motivasi cket kat kakak, moga2 lepas ni kakak lebih rajin...


bilik kat sini ok la n lg ok sbb kami dpt diskaun utk yg datang reunion ni. kakak yg teruja tengok bilik n terus skodeng kolam. pastu mula la dok beriya ajak pegi mandi...



tada... kakak yg seronok sgt dapat mandi kolam :) berjam-jam berendam dalam kolam. beriya sangat dia nak naik slide yg kat belakang tu, bila naik jer, terus jatuh dalam air... apalagi menangis la... hehehe...



adik dah stanby pakai baju mandi tp, tak berani nak bg dia masuk kolam. takut demam dia datang balik... sudah nyer, ibu ngan adik kena dok kat tepi kolam jer... dah tu dia taknak pulak duduk dalam stroller ni, asyik nak berdiri jer...



sudah nyer, masuk jugak adik dalam kolam... seronok sgt dia. tp tak nak bg dia berendam lama2 takut demam dia datang balik... sian adik, lain kali yer dik kita mandi puas2...



kakak yg bosan sbb lambat sangat kena tunggu utk makan... sabar yer kakak, sbb sabar itu separuh daripada iman :)



kakak yg kebosanan terus capai kamera dan inilah hasilnya... kakak nak ambik gambar sudu kata dia... hehehe...



ibu pun lapar jugak tp ibu maintain jer... perut ni dah macam2 lagu dah nyanyi, huhuhu... dah la adik meragam, nasib baik abah tolong pujukkan...



akhirnya.... adik tido jugak... tak tau kenapa malam ni dia meragam sangat. menangis macam sakit jer... cuak pulak ibu... tunggu nak makan jer, lepas ni nak balik bilik terus... sian kat adik..


bila smpai kat bilik, check adik punya diaper, ooohhh.... dia poo poo rupanya, mcm dah lama sbb bontot dia dh merah... sian adik... menangis jer malam tu. ibu pulak lupa nak bwk dropoline... huhuhu...

Apa-apa pun seronok sgt dapat bercuti walaupun ala-ala manja jer. Tq abah walaupun tgh2 'kering' abah bawak jugak kami jejalan :) Yg paling penting, kakak seronok sangat... Lain kali kita jalan2 lagi eh kakak...


Wednesday, February 15, 2012

Coloring Contest

11 Feb ~ kakak ada pertandingan mewarna sempena Hari Terbuka IKM TSYA :) kali ni tak tau la betul2 nak masuk ke atau kakak cakap jer nak masuk tp end up ngan nangis sebab taknak mewarna. ibu n abah takde la berharap mana pun (tp dlm hati tetap berharap, huhuhu) sbb dah 2 kali jadi mcm tu. sudahnya ibu n abah yg stress. kali ni biar jer n alhamdulillah... bila dah sampai masa, kakak nak mewarna... lega... ibu ni takde la berharap kakak menang pun tp at least biar kakak berani. biar kakak bergaul sikit ngan budak2 lain... ni tak, nak mewarna pun takut. tu pun siap dok pesan lagi ibu kena duduk kat tepi dia :) alahai anak dara i ni...


lega bila kakak dah ambil tempat... senyum jer... dalam debar kot. ibu ni menidakkan kakak pulak... hehehe.... harap2 kakak akan sentiasa positif mcm ni eh...



1, 2, 3, mula... kakak memang suka mewarna tp slow sikit. mewarna utk suka2 boleh la. kalau mewarna kena ikut masa, alamatnya tak siap la... lg satu dia cermat sangat... takut tak cantik kata dia... sudahnya tak sempat la nak warna sampai habis...



asyik tengok orang jer... mana nyer nak siap cepat. hish!!


selepas mewarna gi melawat booth2 yg ada. ralit kakak dok tengok model rumah hasil kerja student semester akhir kursus senibina. nak belikan ibu rumah ker kakak ooiii?? hehehe



auto show pun ada gak. part ni faveret abah :) dia dok kat sini tengah2 panas sampai terbakar muka dia... tapi takpe, minat la katakan... huhuhu

Tuesday, February 14, 2012

Myra Demam... again...


Saya baru pandai pegang botol sendiri... huhuhu...

Adik Myra demam! Mula2 kena pada 5/2/12. Masa ni panas takde la beriya sgt. Last adik kena masa bulan 12. Masa tu demam biasa2 n kejap jer. Kali ni pun ingatkan demam dlm 2,3 hari jer n ingatkan adik demam sebab nak kuar gigi. Bagi ubat demam, tp tak kebah. Pelik.. selalu kalau bg ubat demam, adik kebah kejap then panas balik tp kali ni langsung tak kebah... Sekali check temperature 39 ++, hah! ambik ko. demam panas la pulak! mula la ibu n abah cuak then terus bwk gi klinik.. doktor terus bg ubt masuk bontot. Alhamdulillah... lepas tu terus kebah.



Ni bantal peluk busuk saya... Ibu saya jahitkan sarung bantal ni ok....

Badan adik panas betul masa ni. Ingat taknak pakaikan bj tp nampak adik mcm terketar2, tu yg pakaikan jugak baju kat adik. Lama betul demam adik kali ni. Hari Khamis (9/2/12), badan adik panas balik smpai 39++ lg suhu dia. Sekali lg bawak gi klinik. Doktor kata, kalau lg 2 hari badan adik tak kebah, kena bwk gi hospital. Alamak! Mcm mana eh? Risau wei... Dah la ibu pun demam. kalau kena masuk wad macam mana. mula la ibu pikir macam2. Selalu memang mcm tu, kalau adik atau kakak demam, mesti ibu pun jangkit....huhuhu... tapi kalau ibu demam dulu, adik n kakak tak jangkit pun.... antibodi diorang lg kuat la tu.. nasib baik..



Tengok la perut saya yg bulat ni....

Kalau adik Myra demam, perut adik mesti kembung. Puas letak minyak, tp adik jenis yg tak kentut. Jadi, biar je la... tak tau dah nak buat apa. Nasib baik walaupun adik demam, adik menyusu mcm biasa.... Alhamdulillah sekarang adik dah sembuh lepas 8 hari demam....

Ya Allah...
Semoaga anak-anakku sentiasa sihat walafiat.
Amin.


Monday, February 13, 2012

2 tahun berlalu...

10 Feb 2012

Genap 2 tahun pemergian 'Siti Zainab' iaitu puteri kedua saya. Pada tarikh ini 2 tahun yg lepas, ibu bergelumang dgn pelbagai perasaan.. sedih, gembira, kecewa, menyesal dan bermacam-macam lg dan semuanya bercampur menjadi satu... Ibu gembira kerana diberi peluang mengandungkan Siti Zainab.Siti Zainab insan istimewa. Segalanya istimewa... Terima kasih Ya Allah.. Ibu merupakan insan paling gembira bila ibu dapat tau ibu mengandung buat kali kedua. Kakak jugak begitu kerana kakak memang dah lama nak adik. Abah pun sama sbb kalau ikut abah, nak suruh ibu ngandung 2 tahun sekali tetapi ibu berkeras nak 'pantang' lama. huhuhu. akhirnya Allah uji ibu dgn susah nak mengandung lg selepas kakak. Puas berubat jugak la baru lekat kat Siti Zainab. Sebenarnya ibu saya yg bg nama kat baby ni dgn nama Zainab sempena nama arwah nenek n ibu sy tambah Siti kat depan sbb nak bg sedap sikit kata dia... Saya ikut jer...



Ni antara gambar yg ada dlm koleksi semasa ngandungkan Siti Zainab. Mengandungkan Siti Zainab senang sgt. Tak mabuk sikit pun. Makan berselera sangat. Berkembang pun sgt2 :) Kali ni perut sgt besar compare masa ngandungkan kakak. Pelik jugak. Selalu jugak scan dan perasan jugak masa scan tu mcm lain jer baby, tp tak berani cakap sbb takut lak doktor kata kita pandai2.. Tp, yg perasannya perut rasa berat sgt. Akhirnya, doktor pakar kat Pekan yg perasan bby kali ni ada masalah. Maka, bermula dari situlah episod duka dalam hidup ibu dan abah. Kakak tak mengerti... Masa tu kakak kecik lg. Tp, bila terpandang kakak, setiap kali tu la airmata ibu gugur kerana kakak sgt mengharapkan adik... Kawan2 kat opis, cuma 2 org yg ibu bgtau. taknak heboh2 nanti org ckp apa pulak. Yg pasti lepas ibu jumpa pakar n confirm baby ada problem, ibu menangis semahu-mahunya. Thanks sgt kat Sherry n Kak Arah. Diorang la tempat ibu mengadu... Masa itu kandungan ibu dah masuk 7 bulan. Doktor dah cakap, dia bgtau semua masalah bby so that, let say baby meninggal dlm perut, takde la ibu terkejut sgt n dia pun dah handle byk kes mcm ni. So, ibu terima dgn pasrah w/pun dlm hati masih menafikan. Selepas tu, ibu muhasabah diri, mungkin ni ujian dari Allah dan peringatan supaya ibu lebih dekat dengannya. Lepas tu ibu redha. Ibu berserah, sbb ibu tau setiap percaturan dari Allah pasti ada hikmahnya...

Kisahnya...
Pada 9 Feb 2010, kena gi klinik utk check-up mcm biasa. Masa ni abah ke KL kerana berkursus. Nasib baik ada kwn2 yg membantu. Masa nurse tgh check-up utk heart beat bby, tak dapat2. puas nurse tu pusing2 alat tu tp tak dapat jugak. Dia mula cuak, dia panggil doktor, doktor terus suruh masuk bilik scan, doktor scan then doktor tgk bby dah tak bergerak. kaku. semua dah panik. saya tenang. dah menjangkakan semua ni. terus doktor panggil doktor pakar yg kebetulan memang ada. terus doktor pakar scan n dia cakap baby maybe dah takde lebih dari sehari. nurse dah marah2 sbb sy tak perasan tiada pergerakan bby. tp, sy rasa mcm bby bergerak. rasa mcm dia mengeras. rupanya doktor cakap dia mengeras tu tandanya contraction. ohhh...

Terus telefon abah kat KL suh dia balik segera. saya kena admit terus kat HTAA. Kena bersalin jugak hari ni. Masa ni pelbagai perasaan timbul. takut sangat. tak tau kali ni bersalin mcm mana. susah ker, senang ke... hanya Allah jer yg tahu... Sementara tunggu abah sampai, sy ke IKM mcm biasa, cerita kat ketua jabatan, cerita kat ketua unit. sy kemas2 brg. berpesan apa2 yg patut yg menyebabkan semua jadi pelik. tp, sy tetap merahsiakan dr teman2 sbb taknak mereka menangis yg boleh menyebabkan sy turut menangis. saya kena kuat sbb byk benda yg nk kena sy hadapi selepas ini. saya taknak banyak menangis. takut emosi saya terganggu. biarlah kawan2 terasa kerana sy lg terasa dari mereka dan saya lagi sedih dari mereka...

Petang nya terus ke HTAA. Tp, tetiba rasa mcm malas nk admit. then ajak abg ronda2 kuantan. masing2 diam, layan perasaan. bila dah tak tau nak gi ke mana, masuk jugak la wad... masa tu mah, bak n mek dah on the way ke kuantan. abang setia menunggu kat parking. tido dlm kereta. nyamuk takyah citer. sy kat dlm wad pun tak boleh tido. tepat pukul 12 tgh mlm tetiba rasa sakit perut. Contraction!! tgk jam, dah selang setengah jam sekali. tetiba tertido and busssshhh.... air ketuban dah keluar... menjerit sy panggil nurse. al-maklum, ni 1st time air ketuban pecah sendiri. nurse terus bawak masuk bilik rawatan n dah terbukak 6cm. terus doktor suh pegi bilik bersalin. masa tu Tuhan saja yg tau betapa sakitnya. tp, sekejap jer. masuk labor room kul 3 pg, kul 3.15 dah bersalin. alhamdulillah.... Allah permudahkan...

Bila baby dah keluar, doktor tanya, nak tengok baby tak? sy jawab tak nak... bukan ibu tak sudi tengok baby, tp ibu takut ibu menangis meraung bila menatap baby masa tu sedangkan ibu terlalu lemah waktu itu... ibu takut ibu tidak cukup kuat utk semua tu. sejam kemudian abah datang ambik mayat baby. esoknya, nenek n atok bawak baby balik bersama kakak. kakak asyik tanya jer apa yg nenek pegang. dia kata nenek macam pegang baby. tp nenek tak sampai hati nak bgtau. tp akhirnya nenek mengaku jugak yg memang nenek pegang baby... sedih... pastu nenek cerita kat kakak yg baby dah meninggal... kakak, sesungguhnya kamu terlalu kecil masa tu untuk mengerti semua itu....

Airmata lelaki atok gugur masa tgk bby dimandikan.. kakak pun tgk adik dia dimandi dan dikafankan. semasa semua bersiap sedia utk ke kubur, kakak tak keruan. tertanya-tanya kemana org nak bawak bby dia. terpaksa la diorang bwk jugak kakak ke kubur walaupun masa tu dah malam. masa baby dah dimasukkan dalam kubur, adik sy terhidu bau yg sgt wangi.... Subhanallah.... nasib baik sgt kakak tgk baby dia ditanam sbb dia tau ke mana baby dia tanpa perlu dijelaskan ke mana baby dia pergi. dia pulak yg cerita kat saya baby dah ditanam... kakak... adik kakak sedang berbahagia di sana... jangan lah kakak risau...

Nasib baik sempat berpesan supaya gambar baby dirakam utk tatapan kemudian hari dan biarlah ianya menjadi koleksi peribadi...

Al-Fatihah... bersemadilah dengan tenang wahai bidadari ku. Ibu sayang kamu walaupun cuma 32 minggu sempat bersama...


Saturday, February 4, 2012

Thank You ALLAH...

for all the blessing...

Alhamdulillah... di atas kurniaan nikmat yg melimpah ruah dariMu Ya Allah... Syukur Ya Allah kerana dipertemukan dgn 2012. Sebulan berlalu penuh dgn pelbagai peristiwa. Kesimpulannya, Januari merupakan bulan yg sgt sibuk. Dilantik pelbagai jawatan yg menuntut komitmen yg tinggi disamping tugas hakiki yg 'wajib' dilaksanakan, pelbagai jenis pemantauan yg bakal mendatang dan juga diduga minda dan emosi... Penat. Tp, bila kita diuji, itu bermaksud Allah sayangkan kita...

30 Januari 2012, genap 6 tahun ikatan cinta kasih bersama Mr. Hairus Hassan. Alhamdulillah... Kami diberi kesenangan, ketenangan dan keserasian bersama. Kami juga dikurniakan 2 org puteri (3 sebenarnya) yg comel... Hureen Balqiesh & Humaira Batrisyia adalah bukti cinta kami... Ya Allah, Aku memohon semoga ikatan suci ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin.

"Ku Cinta Dia.."



2 orang puteri kesayangan ibu & abah...

Pengubat hati yg duka,
Penghibur di kala sepi
Peneman ketika sunyi
juga
banyak membantu ketika ibu memerlukannya :)




Welcome si Februari :)


1 Februari 2012
Genap usia saya yg ke 35 tahun. Alhamdulillah... Kerana dipanjangkan umur utk terus mengecapi nikmat Mu Ya Allah... InsyaAllah akan ku manfaatkan usia ini dgn melakukan segala suruhan Mu Ya Allah. Umur bukan sekadar angka. Umur merupakan suatu ukuran kepada banyak perkara.. Ukuran kpd kebaikan dan keburukan yg telah dilakukan.. Ya Allah semoga amalan baik ku mengatasi amalan 'tidak baik' ku... Umur juga sebagai peringatan. Ingat!! masa tidak menunggu kita, masa sentiasa mengejar. Penuhi masa2 yg ada dgn perkara2 yg baik2 (pesanan utk diri sendiri yg sentiasa alpa)...


sambutan yg sederhana, ditemani puteri2 tersayang dan juga putera idaman :)



juga dapat kek dr teman istimewa.. alhamdulillah...
pssstt... sher, tahun depan nak lg eh... hehehe
...



Alhamdulillah... kerana terpilih berada di tempat kerja yg selesa...



Alhamdulillah... dikurniakan 5 ekor anak rabbit yg sangat la comelnya...
ini pun rezeki jugak kan? :)


Thank You ALLAH... Ku panjatkan kesyukuran kepada Mu Ya Allah di atas segala nikmat ini. Diberikan tempat tinggal yg selesa di kala insan lain hidup di dalam kedaifan, dikurniakan cahayamata yg sihat sempurna, ditemani seorang suami yg sentiasa memahami diri ini, diberikan kesihatan tubuh badan agar sentiasa sujud kepada Mu... Amin, Amin, Amin Ya Allah...


Syukur Ya Allah...