kawan-kawan

Monday, June 23, 2014

Cik Hannan Demam la Pulak..

Assalamualaikum. 

Kisahnya.. Jumaat petang lepas tetiba badan Cik Hannan panas mcm nak demam. Ingatkan sbb main air lama sgt. Pastu bila malam, badan Cik Hannan makin panas. Sah! Memang Cik Hannan demam. Tetiba jer. Ibu mula la cuak. Ker sebab dia jatuh terlentang masa dok pegang2 bertatih kat dinding. Mana la tau kan kot2 demam terkejut ker. Nak berjalan sgt dah Cik Hannan ni. Kalau boleh berpegang tu, dia akan jln jer la. Tapi kalau nak cepat, dia akan merangkak la.. 

Cik Hannan ni jarang sgt demam nya. Seingat ibu ni masuk kali kedua kot Cik Hannan demam. Kali ni lama la jugak kalau nk banding dgn yg 1st time demam dulu yg tak smpai 24 jam. Biasa la demam dia akn datang balik selepas 3 jam mkn ubat demam.

 Risau jugak klau asyik bergantung ngan ubat. Issshh... Ini takleh jadi ni. Nak buat mcm mana yer? Tetiba teringat suplemen SHAKLEE (dah namanya distributor shaklee.. harus la promote brg shaklee kan?). So, sy pun bg NUTRIFERON utk kuatkan antibodi Cik Hannan. Nutriferon ni jenis serbuk. Kalau baby bg separuh sachet jer. Tapi hari tu sy bancuh jer 1 sachet n bg kat dia. Badan dia mmg panas tp sy lap jer bdn ngan tuala lembap. Alhamdulillah, esok nya bdn Cik Hannan panas balik selepas 5-6 jam bg ubat. Malam kedua selepas ambik nutriferon, badan makin okay. Dah tak panas sgt tapi cuma suam2 jer. Alhamdulillah....

Ni masa badan tgh panas. Main2 kat luar rumah. 


Muka dah monyok2... Tapi main tetap main gak!! Cuma tak berapa ceria jer..


Sian la dia... 


Hari kedua. Selfie jugak demam2 pun. Tapi tak aktif macam biasa. 

Okay. Setakat ni saja utk hari ni. Susah hati kan kalau anak2 tak sihat ni. Even anak kena selesema pun dah susah hati macam apa dah. Macam2 cara kita akan buat, dari moden sampai la ke cara tradisional. Tapi, pengambilan suplemen memang perlu (pd pendapat sy la) sbb at least kita mencegah dari jadi lagi teruk. Kita dah ikhtiar, then serahkan pada Yang Maha Kuasa. Betul tak? 

Fuhhh... Panjang la pulak closing.. 

Babai.

Thanks for reading this entry!!



Sunday, June 15, 2014

Piknik sambil main layang-layang!!

Assalamualaikum. 

Selamat berhujung minggu semua. Selalu hujung minggu gi jalan2, tapi minggu ni kami melepak jer kat umah sbb minggu dpn nak jalan2 ke Melaka. Ada program bersama Shaklee kat MITC. Mode : tak sabar wei!! 

Oleh sebab minggu ni tak ke mana2, so nak kongsi cerita kami main layang2 sambil berpiknik kat Pantai Sepat, Kuantan. Sesapa yg dtg ke Pahang tu boleh la singgah2 kat sini selain ke tempat yg famous seperti Teluk Cempedak n Bukit Gambang Waterpark. 

Pantai ni mmg bersih yg amat. Selesa sgt. Dijaga dgn elok sbb akan ada org (tak tau la org Majlis Perbandaran ke org kg ke) yg akan round dgn motor utk memastikan kita tak buang smpah merata. Cuma kat sini susah sikit klau nak buang air sbb kawasan luas, tandas awam ada 1 tempat jer kot. Surau2 ada la di sekitar ni, boleh la jugak utk tunaikan hajat. Pantai ni jugak sgt privasi kalau takde sebarang event la. Sy hari tu siap boleh baring2 lagi. Hihihi.

Adik n kakak yg sgt teruja dapat main layang2. Angin sgt kuat, layang2 naik dgn mudah sekali.

Nasib baik la abah dah beli sorang satu, kalau tak asyik berebut saje la. Layang2 ni kami dah mmg beli awal2 kat kedai RM 2.00. Jimat.

Tengok budak ni. Bekeng sungguh!! Ada aje yg tak kena di mata dia. Tu aksi nak pukul kakak tu.

Ni super hero kami. 

Ibu dan cik Hannan hanya jadi penonton setia. Kesian cik Hannan. Melopong2 tgk layang2. Nnti cik Hannan boleh jalan, baru boleh join eh.

Akhirnya Cik Hannan tertido. Best woooo tido tepi pantai. Angin bertiup yg menyejukkan badan. Sampai sy pun terlelap ditemani buku2 kesayangan sy. 

Okay. 
Sampai jumpa lagi.
Thanks for reading this entry.

Friday, June 13, 2014

Bercanda di pasiran pantai..

Assalamualaikum.

Salam Jumaat. 

Bersiaran dr opis. Hari ni kat opis tinggal 5 orang jer drpd 27 orang. Memasing cuti, menghabiskan sisa2 cuti sekolah utk bawak anak2 gi jalan. Saya?? Mcm ni jer la. Hari dah bercuti balik kg. Sekarang ni masa byk sgt sbb tgh cuti semester. Students semua cuti. So, kami2 ni buat la kerja2 tertunggak yg lain. Lagi 2 minggu pelajar baru akn masuk. Hmmmm.. Sekejap jer masa berlalu, dah nak mula semester baru. Semoga semua urusan akan dipermudahkan oleh Nya. Amin.

Okay, back to the title, ni gambar masa kami on the way balik kg. Singgah kat Pantai Penarik, Terengganu. Best sgt!! Pantai yg bersih, pastu org pun takde la ramai sgt. Saje jer singgah sbb Adik n Kakak beriya sangat nak main pasir. Kebetulan pulak abah mmg suka melayan. Hmmm... Memang menjadi la.

Adik yg mmg teringin sangat jadi mcm Kakak. Semua benda yg kakak buat, semua dia nak ikut. Kakak layankan jer.


Peace la kononnya tu. Main pasir smpai tak hinggat!!! Ajak balik pun taknak.


Pose la konon nya tu. 


Ni Cik Hannan yg suka sengih! Sengih jer la dia. Senang sgt nak handle dia bila berjalan ni. Tak banyak karenah. Tapi bila kat rumah, perrrrrggghhh.... Boleh stress ibu. Huhuhu.


Ibu. Terpaksa la bentang kain batik utk duduk sbb takdok dlm plan nak singgah pantai. Lepas kejadian ni, abah dah mmg standby jer tikar dalam kete utk kes2 kecemasan mcm ni. 


Abah n Cik Hannan. Love you! Hik (gatai!!)

Itu jer celoteh hari ni. Kami smpai kat kg dah petang gitu. Kuar rumah dr pagi pastu jalan2. Singgah beli keropok lekor panas2 kat tepi2 jalan utk jadikan buah tangan. Memang best la. Sesapa yg pergi Terengganu jgn lupa beli keropok lekor n singgah la Pasar Payang tu. Cuci mata tgk kain sutera Terengganu. Boleh meleleh air liur wei.... 

Ok. Babai.

Thanks for reading this entry!


Monday, June 9, 2014

Stylo la sangat!!

Assalamualaikum.


Hari ni citer pasal Adik Humaira Batrisyia pulak. Mood pepagi anak ketiga ni berbeza-beza setiap pagi. Lagi menguji kesabaran. Tapi nasib baik la yg ni anak abah. Semua nya nak abah yg buat (selamat ibu, kikiki). 

Gambar ni masa mood dia nak pakai spek itam sebab adik shilau dia kata. Rambut menggerbang, baju tido, belum mandi, tapi nak ber'stylo' la sangat. 

Paling keletah berbanding anak2 yg lain. Paling peramah. Paling banyak cakap. Paling aktif. Paling lasak. Pendek kata semua yg paling2 tu ada kat adik la. Tapi... bila adik takde, rasa sunyi sangat. Memang panggilan masih lagi 'adik'. Adik pun adik la... Cik Hannan sudah nye panggil Hannan jer. Ibu & abah redha jer. 

Doa ibu : 
Semoga adik Humaira Batrisyia jadi anak solehah yg dapat bantu ibu & abah dunia akhirat yer. Berjaya di dunia & dapat memberi manfaat utk kehidupan akhirat.


Jom jalan2 dengan adik!

Babai semua. 
Terima kasih sebab baca entri ni. 



Sunday, June 8, 2014

Susah nya mau tido!!

Assalamualaikum..

Cerita Cik Hannan. Anak keempat yg susah sgt nak tido.. Puas bergolek2 baru boleh tido. Kalau dulu berbuai, sekarang dah taknak tido dlm buai (mcm org besar la konon nya). Nak tidokan dia, mmg akan menguji kesabaran sy sebagai ibu (yg kurang sabar). Masa yg diambil utk lelap 30 minit dan lebih utk bergolek2 sambil gentel telinga. Pantang masa nak tido, jgn ada sebarang gangguan. Kalau tak dia akan bangun n tgk apa yg berbunyi. Kalau kakak2 ada kat situ, dia akan join kakak2 main. 

Sekian, kisah Cik Hannan VS tido.

Jom layan aksi Cik Hannan di suatu malam yg sunyi :)











Babai. 
Thanks for reading this entry!

P/s : Dunia seorang ibu sgt warna warni!!