kawan-kawan

Monday, June 9, 2014

Stylo la sangat!!

Assalamualaikum.


Hari ni citer pasal Adik Humaira Batrisyia pulak. Mood pepagi anak ketiga ni berbeza-beza setiap pagi. Lagi menguji kesabaran. Tapi nasib baik la yg ni anak abah. Semua nya nak abah yg buat (selamat ibu, kikiki). 

Gambar ni masa mood dia nak pakai spek itam sebab adik shilau dia kata. Rambut menggerbang, baju tido, belum mandi, tapi nak ber'stylo' la sangat. 

Paling keletah berbanding anak2 yg lain. Paling peramah. Paling banyak cakap. Paling aktif. Paling lasak. Pendek kata semua yg paling2 tu ada kat adik la. Tapi... bila adik takde, rasa sunyi sangat. Memang panggilan masih lagi 'adik'. Adik pun adik la... Cik Hannan sudah nye panggil Hannan jer. Ibu & abah redha jer. 

Doa ibu : 
Semoga adik Humaira Batrisyia jadi anak solehah yg dapat bantu ibu & abah dunia akhirat yer. Berjaya di dunia & dapat memberi manfaat utk kehidupan akhirat.


Jom jalan2 dengan adik!

Babai semua. 
Terima kasih sebab baca entri ni. 



No comments:

Post a Comment