kawan-kawan

Monday, December 21, 2015

Kisah Ibu Pengasuh!

Assalamualaikum...

Actually ni entry lama yg ditulis masa kami masih berada di Kedah. Tapi tak tau la kenapa entry ni tak disiarkan. Dah alang2 tulis, saya publish la jugak. Yang pasti anak2 saya & pengasuhnya sangat gembira masa sesi pertama kali jumpa setelah 4 bulan terpisah..

Kisah pengasuh anak-anak saya semasa kat Pekan, Pahang. Start hantar anak2 kat Ibu bermula dengan Kakak Hureen Balqiesh. Masa tu kakak 8 bulan kalau tak salah. Kiranya ni pengasuh kakak yg ketiga setelah pengasuh pertama & kedua taknak mengasuh kakak atas sebab2 tertentu.

Alhamdulillah, serasi anak2 saya dengan ibu ni. Ibu mengasuh anak2 saya mcm anak2 dia sendiri malah kalah la saya ni (tak kecik hati malah sgt berbesar hati sebab ada yg sanggup jaga anak kita mcm tu kan). Kalau anak2 demam, ibu memang jaga betul2 dan faham setiap jenis sakit anak2 saya. Memang tabik la kat ibu ni dan berterima kasih sangat!!

Rasa beruntung sangat sbb ibu menjaga anak saya bermula tahun 2007 - 2014! Lama tu. 7 tahun tu. Bila dapat tau En. H dapat pindah ke Kedah, Ibu dah mula risau, dah start dah adegan2 airmata sikit2. Saje kami tak pindahkan barang kat Pekan sekaligus sbb nak pergi lagi ke sana, so terubat la jugak rindu anak2 kat ibu liesya (panggilan anak2 kat ibu). Alisa tu nama anak ibu yg no 2, bukan nama ibu pun. Tak tau la mcm mana diorang boleh lekat dengan gelaran ni.

Paling terkesan dengan kes Adik Myra kena sawan masa kat umah ibu, kebetulan pulak masa tu En. H pi kursus. Nasib baik la ayah ada masa kejadian. Apalagi, ayah pecut pi hospital. Adik Myra masa tu ibu yg pegang dlm kereta. Saya tak berani pegang dah. Badan saya dok menggeletar abis dah. Lepas kejadian tu ibu memang jaga sgt Adik Myra setiap kali demam dan ibu akan pesan kat saya supaya jgn tido klau Adik Myra demam. Masa nak pindah pun dia dok pesan suh bgtau pengasuh yg baru kisah Adik Myra yg pernah kena sawan.

Ni gambar momen2 terakhir bersama ibu. Kenangan masa gi hantar abah naik bas ke Sungai Petani setiap hujung minggu. Sempat la abah berulang alik SP - Pekan lebih kurang 4 bulan. Setiap minggu jugak la ibu & ayah pi hantar abah naik bas & angkut kami anak beranak pi hantar abah. Sampaikan tinggal along (anak ibu yg sulung) sebab tak muat kereta. Huhuhu







Terima kasih ibu sebab jaga Hureen Balqiesh, Humaira Batrisyia & Hannan Basheera dengan baik sekali. Jasa ibu memang saya akan ingat sampai bila2. Terima kasih berjuta-juta kali. Ibu tetap di hati kami. T_T

Syuh!! Syuh!! Negative people!!

Assalamualaikum.

Bila datang kerja, perhati dulu muka2 sahabat, opismate, staff admin, boss dan semua2 la yg ada kat opis tu samada muka versi gula manis ting2 atau muka masam mencuka. Kalau jenis yg tahu control emosi mesti manis jer muka bila jumpa org, lagi sopan ada yg siap bg salam kat kita bila jumpa... haaaa... klau kita jumpa org yg mcm ni bila dtg opis, aura POSITIF pun terus melekat kat kita sepanjang hari.

Tapi sebaliknya klau kita masuk2 jer opis terus jumpa org yg jenis mulut pun boleh simpul dengan riben, pastu siap bising2 tak tentu pasal... hmmmm... alamatnya mood kita yg tgh ceria pun terus jadi negatif mcm dia. 

So, bila nampak jer spesis yg mcm ni, cuba2 la elakkan dari terus mendekati dia sehingga mood dia berubah jadi positif. Ala... mood kita pun kadang2 ada jugak tak berapa nak betul kan? Tapi seboleh-bolehnya kita jgn la bg tempias kat org sekeliling kita. 

Ingat!!! Apa jua emosi yg tak baik, sila tinggalkan kat luar pagar sebelum kita masuk ke tempat kerja. Sama jgk dgn kerja2 pejabat, sila tinggalkan di pagar sebelum kita balik umah bertemu dgn anak2 yg sememangnya tandus dgn kasih sayang kita ni. 

Ok. Babai!



Wednesday, December 9, 2015

Pizza 6 Minit Noxxa!!!

Assalamualaikum.

Fuhhh... Lega, semua dah kembali normal. Normal ker?? Hihihi. Setelah 6 bulan berpindah ke Pekan Pahang semula, rutin2 harian dah kembali normal. Urusan ambik & hantar anak2 mcm biasa la Mr. H yang uruskan dan kadang2 saya pun join jugak.

Most of the stuff pun dah keluar dari kotak, termasuk la Periuk Noxxa Amway. Dah follow dah step2 yang disyorkan untuk first time user. Hihihi. Akhirnya saya pun berjaya buat Pizza 6 minit Noxxa. Yipppiii... Seronok sesangat. Mudah sesangat!!

Ni hah, saya belanja gambar Pizza 6 minit Noxxa tu.

Sebelum di steam dry.



Tadaaaa... ni gambar pizza selepas masak! Tak la sesedap Pizza Hut or Dominos or whatever famous pizza yang ada, tapi bangga wei bila Mr. H makan bertambah2. 

Ok. Sekian dulu untuk kali ini. Bai!