kawan-kawan

Monday, December 21, 2015

Kisah Ibu Pengasuh!

Assalamualaikum...

Actually ni entry lama yg ditulis masa kami masih berada di Kedah. Tapi tak tau la kenapa entry ni tak disiarkan. Dah alang2 tulis, saya publish la jugak. Yang pasti anak2 saya & pengasuhnya sangat gembira masa sesi pertama kali jumpa setelah 4 bulan terpisah..

Kisah pengasuh anak-anak saya semasa kat Pekan, Pahang. Start hantar anak2 kat Ibu bermula dengan Kakak Hureen Balqiesh. Masa tu kakak 8 bulan kalau tak salah. Kiranya ni pengasuh kakak yg ketiga setelah pengasuh pertama & kedua taknak mengasuh kakak atas sebab2 tertentu.

Alhamdulillah, serasi anak2 saya dengan ibu ni. Ibu mengasuh anak2 saya mcm anak2 dia sendiri malah kalah la saya ni (tak kecik hati malah sgt berbesar hati sebab ada yg sanggup jaga anak kita mcm tu kan). Kalau anak2 demam, ibu memang jaga betul2 dan faham setiap jenis sakit anak2 saya. Memang tabik la kat ibu ni dan berterima kasih sangat!!

Rasa beruntung sangat sbb ibu menjaga anak saya bermula tahun 2007 - 2014! Lama tu. 7 tahun tu. Bila dapat tau En. H dapat pindah ke Kedah, Ibu dah mula risau, dah start dah adegan2 airmata sikit2. Saje kami tak pindahkan barang kat Pekan sekaligus sbb nak pergi lagi ke sana, so terubat la jugak rindu anak2 kat ibu liesya (panggilan anak2 kat ibu). Alisa tu nama anak ibu yg no 2, bukan nama ibu pun. Tak tau la mcm mana diorang boleh lekat dengan gelaran ni.

Paling terkesan dengan kes Adik Myra kena sawan masa kat umah ibu, kebetulan pulak masa tu En. H pi kursus. Nasib baik la ayah ada masa kejadian. Apalagi, ayah pecut pi hospital. Adik Myra masa tu ibu yg pegang dlm kereta. Saya tak berani pegang dah. Badan saya dok menggeletar abis dah. Lepas kejadian tu ibu memang jaga sgt Adik Myra setiap kali demam dan ibu akan pesan kat saya supaya jgn tido klau Adik Myra demam. Masa nak pindah pun dia dok pesan suh bgtau pengasuh yg baru kisah Adik Myra yg pernah kena sawan.

Ni gambar momen2 terakhir bersama ibu. Kenangan masa gi hantar abah naik bas ke Sungai Petani setiap hujung minggu. Sempat la abah berulang alik SP - Pekan lebih kurang 4 bulan. Setiap minggu jugak la ibu & ayah pi hantar abah naik bas & angkut kami anak beranak pi hantar abah. Sampaikan tinggal along (anak ibu yg sulung) sebab tak muat kereta. Huhuhu







Terima kasih ibu sebab jaga Hureen Balqiesh, Humaira Batrisyia & Hannan Basheera dengan baik sekali. Jasa ibu memang saya akan ingat sampai bila2. Terima kasih berjuta-juta kali. Ibu tetap di hati kami. T_T

Syuh!! Syuh!! Negative people!!

Assalamualaikum.

Bila datang kerja, perhati dulu muka2 sahabat, opismate, staff admin, boss dan semua2 la yg ada kat opis tu samada muka versi gula manis ting2 atau muka masam mencuka. Kalau jenis yg tahu control emosi mesti manis jer muka bila jumpa org, lagi sopan ada yg siap bg salam kat kita bila jumpa... haaaa... klau kita jumpa org yg mcm ni bila dtg opis, aura POSITIF pun terus melekat kat kita sepanjang hari.

Tapi sebaliknya klau kita masuk2 jer opis terus jumpa org yg jenis mulut pun boleh simpul dengan riben, pastu siap bising2 tak tentu pasal... hmmmm... alamatnya mood kita yg tgh ceria pun terus jadi negatif mcm dia. 

So, bila nampak jer spesis yg mcm ni, cuba2 la elakkan dari terus mendekati dia sehingga mood dia berubah jadi positif. Ala... mood kita pun kadang2 ada jugak tak berapa nak betul kan? Tapi seboleh-bolehnya kita jgn la bg tempias kat org sekeliling kita. 

Ingat!!! Apa jua emosi yg tak baik, sila tinggalkan kat luar pagar sebelum kita masuk ke tempat kerja. Sama jgk dgn kerja2 pejabat, sila tinggalkan di pagar sebelum kita balik umah bertemu dgn anak2 yg sememangnya tandus dgn kasih sayang kita ni. 

Ok. Babai!



Wednesday, December 9, 2015

Pizza 6 Minit Noxxa!!!

Assalamualaikum.

Fuhhh... Lega, semua dah kembali normal. Normal ker?? Hihihi. Setelah 6 bulan berpindah ke Pekan Pahang semula, rutin2 harian dah kembali normal. Urusan ambik & hantar anak2 mcm biasa la Mr. H yang uruskan dan kadang2 saya pun join jugak.

Most of the stuff pun dah keluar dari kotak, termasuk la Periuk Noxxa Amway. Dah follow dah step2 yang disyorkan untuk first time user. Hihihi. Akhirnya saya pun berjaya buat Pizza 6 minit Noxxa. Yipppiii... Seronok sesangat. Mudah sesangat!!

Ni hah, saya belanja gambar Pizza 6 minit Noxxa tu.

Sebelum di steam dry.



Tadaaaa... ni gambar pizza selepas masak! Tak la sesedap Pizza Hut or Dominos or whatever famous pizza yang ada, tapi bangga wei bila Mr. H makan bertambah2. 

Ok. Sekian dulu untuk kali ini. Bai!




Sunday, June 21, 2015

Pindah Lagi!!

Assalamualaikum.

Mode : Sedih, marah, stress, frust, kecewa, bengang, dll (boleh gitu??)

Sedikit aura negatif di situ! tapi mmg itu pun yang saya rasa bila dapat tahu Mr. H kena pindah lagi. Kali ni pindah balik ke tempat lama, masalahnya, saya akan tercampak ke tempat baru jugak. Stress wei!!! Nak adapt dgn new environment lagi, nak get along with new colleagues and so on. Mana tak stress, lagi la bila tau KJ kat tempat baru very the strict!!! Huhuhu.. menambahkan stress yang ada. SERIUS!!! Semua ni menghantui hidup I.

Itu yang pertama, yg kedua kesian kat anak2 yang mcm blur2 jer, tetiba kena berpisah ngn pengasuh lama, pastu baru jer nak sesuaikan diri dengan pengasuh baru dah nak kena pindah lagi. Nasib baik la jugak sbb boleh hantar kat pengasuh lama balik. Kalau kena cari pengasuh lain pulak memang kesian sesangat la. Tapi, nak buat mcm mana kan,, kami hanya golongan marhain!!!

Yang ketiga nya, kesian kat kakak Hureen! Dah elok2 belajar kat sekolah bagus & dilantik jadi pengawas pastu tetiba kena pindah. Frust sgt sbb tak dapat jadi pengawas, Pastu pergi sekolah baru dah serasi dgn suasana & kawan baru, dah kena pindah pulak. Nasib baik jugak sbb dia boleh jer masuk sekolah lama. At least dah ada kengkawan kan...

Sekian, luahan untuk hari ini. TQ!




Monday, May 11, 2015

Home Sweet Home Pekan Bandar Di Raja

Assalamualaikum.

Officially Home Sweet Home kat Taman Perdana Pekan, Pahang dah selamat dihuni. T_T
Kenangan selama 5 tahun kat situ banyak sangat tambahan pulak tu rumah pertama. Perasaan seronok masuk umah baru masih terasa lagi. Seronok masuk umah baru ni. Semoga penghuni baru ni jaga umah saya seelok yang mungkin (redha jer T_T).

Tapi nak buat macam mana, tempat isteri kan disisi suami... kena la pindah ikut suami. Tu pun makan masa jugak nak settle semua barang kat umah tu, punya la banyak barang2 yg saya beli selama ni. Huhuhu. Kena marah ngn Encik H tu memang wajib la bila dia tengok longgokan Tupperware yang saya kumpul selama ni. Kui kui kui


Dapur ku a.k.a work station. Bila dah clear mcm ni macam lawa la pulak. Masa ada barang penuh kat atas tu ~~~~ takleh nak citer. Serabut mcm apa!! Pinggan, cawan yg ada tu kira sedekah kat penyewa la tu. 


Pandangan dari dapur ke ruang tamu. 


Pandangan dari ruang tamu ke dapur. Gonna miss this view. Sob sob sob. Kesan2 contengan anak2 En. H dan touch up dah. Jam DIY tu pun kami sedekahkan jer. sayang nak bukak, nnti tinggal kesan tak cantik. Huhuhu

Adik Myra pun dok rindu nak balik umah pahang. Dia siap cakap, kenapa bg org duduk umah kita? Nanti adik nak balik tgk umah kucing mak kucing. Dia panggil umah kucing mak kucing sbb kami selalu dok bg makan kat sekor kucing ni. Bukan kami bela pun, tp setiap hari ada kat umah ni sampai la kucing tu beranak. Maka lekat la nama umah kucing mak kucing. Huhuhu

Budak ni la dok rindu kat umah kucing mak kucing tu. 


Okay. Sekian dulu. 


Wednesday, May 6, 2015

Myra turns 4!!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah berkesempatan untuk menjengah & update blog kesayangan. Selalu gak jenguk umah ni tapi sbb sibuk dok jenguk umah baru jadi umah ni berhabuk la sikit. Huhuhu.

Kisahnya.. 8 Mac lepas ialah hari lahir Adik Myra yang terlajak aktif. Sabar jer la. Memang kalau ikutkan perangai dia, boleh stress tahap dewa dah ibu ni. Tapi, mmg kena banyak bersabar dan kena tahan amarah yg membuak2 setiap kali dia tantrum.

Kalau abah ada takpe lagi, tapi bila abah takde mula la ibu yg cun melecun debab ni bertukar jadi ala-ala tarzan yg tgh mengamuk!! Kadang2 dia menjerit2 bukan sbb kes besar2 pun.. Sebab susah nak bukak baju pun dia boleh menjerit2 mcm apa dah. Hai la anak.. Ibu mmg kena byk bersabar... Sangat!!

Kami setiap kali tiba harijadi ni tak la sambut beriya, just kami2 1 family jer. Kali ni sambut kat Kedah Aman Makmur! Ok la. Simple2 jer pun, takpe.. asalkan Adik Myra happ sbb dia dapat sambut 'happy birthday to you' kata dia. Kikiki

Kami gegirl pujaan hati abah ni!!! hihihi


Teruja sangat nak potong kek sendiri. Biarkan jer la daripada dok dengar dia mengamuk tak tentu pasal tu. Redha T_T


3 beradik; Hureen Balqiesh, Humaira Batrisyia, Hannan Basheera. 
Selebet nyer la rambut kakak. Huhuhu


Dah siap2 dia potong2 kek dijilat nyer sudu tu.. Pastu buat potong kek & kami pun makan! Takpe la... Redha jugak kami anak beranak.


Birthday kek yg abah belikan. Ok la sbb ibu pesan suruh beli yg ada gambar kartun. Kalau ikutkan nak yg gambar frozen, tp ni jer yg ada.


Kasih seorang kakak, wlaupun kena mengalah & kena buli sepanjang masa, kakak belikan adik Myra coloring book kat koperasi sekolah. T_T terharu ibu (tetiba kan??)


Ni la Birthday Girl yg super duper aktif, keletah & banyak cakap tu. Ibu doakan semoga adik Myra berjaya dunia & akhirat. Cemerlang di dunia & dapat memanfaatkan ilmu