kawan-kawan

Monday, December 21, 2015

Syuh!! Syuh!! Negative people!!

Assalamualaikum.

Bila datang kerja, perhati dulu muka2 sahabat, opismate, staff admin, boss dan semua2 la yg ada kat opis tu samada muka versi gula manis ting2 atau muka masam mencuka. Kalau jenis yg tahu control emosi mesti manis jer muka bila jumpa org, lagi sopan ada yg siap bg salam kat kita bila jumpa... haaaa... klau kita jumpa org yg mcm ni bila dtg opis, aura POSITIF pun terus melekat kat kita sepanjang hari.

Tapi sebaliknya klau kita masuk2 jer opis terus jumpa org yg jenis mulut pun boleh simpul dengan riben, pastu siap bising2 tak tentu pasal... hmmmm... alamatnya mood kita yg tgh ceria pun terus jadi negatif mcm dia. 

So, bila nampak jer spesis yg mcm ni, cuba2 la elakkan dari terus mendekati dia sehingga mood dia berubah jadi positif. Ala... mood kita pun kadang2 ada jugak tak berapa nak betul kan? Tapi seboleh-bolehnya kita jgn la bg tempias kat org sekeliling kita. 

Ingat!!! Apa jua emosi yg tak baik, sila tinggalkan kat luar pagar sebelum kita masuk ke tempat kerja. Sama jgk dgn kerja2 pejabat, sila tinggalkan di pagar sebelum kita balik umah bertemu dgn anak2 yg sememangnya tandus dgn kasih sayang kita ni. 

Ok. Babai!



No comments:

Post a Comment