kawan-kawan

Sunday, April 20, 2014

Aktiviti hujung minggu!!

Assalamualaikum..

Malam ni mood nak update blog. Dah settle update blog bisness so sekarang update blog personal pulak! Segala nya senang bila ada smart phone ni kan. Takyah dah bukak laptop bagai utk update blog.. Semua urusan guna tepon jer. Mudah & cepat!! Suka.. suka.. 

Nak citer aktiviti setiap hujung minggu. Sekarang dah jadi rutin bwk anak2 pegi taman di pagi hari minggu. Tak kisah la hari sabtu ker ahad, kalau berkesempatan kami ke taman pada kedua-dua hari tu, kalau tak sehari ker. Seronok tgk anak2 main. Berkejaran ke sana sini. Tgk gelagat parents lain dok melayan anak2. Tgk kehijauan pokok2. Yg plg seronok tgk kanak2 main dlm dunia mereka. Dunia mereka yg takde masalah yg perlu mereka fikirkan. Seronok kan?!
Minggu ni kami terjumpa anak kucing. Apalagi Myra ni mmg pencinta kucing, byk masa main ngan anak kucing drpd ber slide n swing!!

Cik Hannan yg seksi pun bukan main seronok nak slide. Myra dgn aksi grumpy nya.

Minggu ni ada kunjungan istimewa dr Cik Ma! Thanks Cik Ma for special visit. Ada masa dtg la lagi yer. At least dpt release sekejap dr tension kerja. K ngah pun dpt la rehat2 sbb ada org tlg pegangkan Cik Hannan. Hihihi...

Dua beradik yg selalu gaduh ni. Walaupun selalu gaduh tp mesti nak ada bersama. Kalau kakak hilang sekejap, riuh la si adik mencari kakak. Kalau kakak depan mata, dibuli nya kakak tak hinggat! Nasib baik kakak jenis lembut, redha jer adk buat apa kat dia.

Fuh! Panjang jugak celoteh malam ni. Seronok dapat luangkan masa berblogging balik setelah lama menyepi. Nak back on track ni susah jugak yer. Banyak sgt cabaran setiap hari yg kena lalui.. Semoga rentak ni berkekalan. So, ada la something yg anak2 ibu boleh baca di kemudian hari nanti.

Tak lupa jugak gambar Cik Hannan yg ketiduran sementara menunggu kakak2 nya bermain. Lena dihembus angin sepoi2...

Okay! Till then.

Thanks for reading this entry =)


Thursday, April 17, 2014

I Love My Family.. Muahh.. Muahh..

Assalamualaikum..

My happy family 

Hari ni 18 April 2014, hari Jumaat. Amboi... Macam nak tulis artikel dalam surat khabar la pulak. Hihihi.. Cuma nak melepaskan perasaan lega jer sebab dah abis dah pemantauan kelas tadi. Macam ni la kita kan.. Bila ada org nak check or audit mula la gelabah bewok, tp amalan harian yg tentu2 kena check nanti ambk mudah jer (peringatan untuk diri sendiri).. Ya Allah Ampuni lah dosa2 ku..

Okeh! Topik lain, citer pasal lain pulak. Well.. Back to the topik, I Love My Family.. Memang la kan. semua orang sayang family masing2 kan. Tapi yg membezakan ialah mcm mana kita tunjukkan kasih sayang kita tu. Hhmmm... mesti la ikut style masing2.. Kalau sy.. Hmmm... Sokmo garang ngan anak2 T_T... Sian anak2 ibu.. Walaupun ibu ni garang.. Ibu sayang sangat kat anak2 ibu semua.. Ngan suami takde la garang.. Mau nyer kena terajang!! Hahahaha.. 

I Love Hureen Balqiesh!
I Love Humaira Batrisyia!
I Love Hannan Basheera!

&

most of all

I Love Mr. Hairus Hassan.. Muah! Muah!


Ibu Sayang Kamu Semua!!!

Babai..

Thanks for reading this entry!


Tuesday, April 15, 2014

Selfie la sangattttt....

Assalamualaikum...

Mood menulis blog membuak2 hari ni. Bukan ada benda nak citer pun tp tetiba teringat kenangan2 pahit dgn perkataan 'selfie' ni. Huhuhu... So, nak tayang la gambar2 selfie la sangat kami =)


Selfie la sangat sambil menunggu students masuk kelas. 
Muka nampak macam cool jer, padahal dlm hati ya ampun!!!! 
Rasa nak marah mcm apa..

Adik yg perasan princess dalam mood nak bertudung.
Layankan jer la... Kalau bukan kita yg melayan, sape lagi kan?

Si kenit ni pun tak ketinggalan. 
Orang nak berselfie, dia pun sibuk nak capai tepon.. 

Haaa... yg ni di snapie oleh ibu. 
Tengah merajuk sbb kena marah. Huhu... Tu la keje Hureen Balqiesh ni..
Asyik merajuk jer..

Ok. Till then. Nak hapdate blog lagi satu pulak yer!!

Babai.

Thanks for reading this entry!



Thursday, April 10, 2014

What U do...

Assalamualaikum..

I'm back again! Tajuk mcm propa jek! Hahahah... Serius.. hidup ni umpama putaran roda. Sekejap kita kat atas.. sekejap kita kat bawah. Betul sangat2. So.. bila kita kat atas, jgn la kita lupa org yg kat bawah yer. Masa kat atas tu jenguk2 la org yg kat bawah.

Peringatan utk diri sendiri jugak!!

Bye..

Saturday, November 16, 2013

Hannan Basheera

Assalamualaikum!!

Welcoming my new family member... Hannan Basheera.. selamat dilahirkn pd 12 july 2013.. operate jugak.. hmmm.. redha jer... berat masa lahir 3.4 kg.. sekarang dah 4 bulan.. perangai puteri yg ni berbeza ngn puteri2 sebelum ni..

Masa 3 bulan dah boleh meniarap... cepat klau nk banding ngn kakak2 dia.. 

Ok.. till then.. bye..

Monday, June 10, 2013

I'm Back!! (again??)

Salam to all...

Bersawang2 dah blog ni yer.. (Really tabik spring toing2 kat blogger kental!) Sibuk la sgt... tu yg tak sempat nak ber'blog'. Ker i yg tak pandai manage masa.. Huk.. huk...

Apa2 pun nak announce kat sini sy sekarang adalah pengedar sah produk SHAKLEE... (Iklan jap!) kalau berminat just visit my facebook or sms/wasap jer sy kat no ni : 019-9771418... Anda pasti akan dilayan sebaik-baik nyer...

Till then... nak berehat... baby kat dalam ni dah menendang-nendang (alasan lagi... hihihi)..

babai... ta ta... ti tu..

Monday, February 4, 2013

Beg sekolah tertinggal!

Salam semua...

Ggggrrr.... first expression bila sampai jer kat sekolah n find out kakak tertinggal beg sekolah dia. Actually kerja2 ngangkat beg ni abah yg buat, mcm mana la hari tu abah lupa nak masukkan beg tu dalam kereta (bukan salahkan abah pun). Kakak lagi la, bukan nya ambik kisah beg dah masuk keta ker belum. Hari tu pulak dah kuar rumah lambat. Memang banyak la halangan yg berlaku hari tu. 

Tapi, alhamdulillah... Saya terima dgn redha. Bukan nya masalah besar pun dan mungkin semua ni jadi pengajaran dan lepas tu kakak lebih prihatin dgn barang2 dia. Susah kan nak train anak supaya berdikari, need a lot of passion.. Anyone yg ada tips utk latih anak berdikari bleh la share yer. Really need helps here...

Itu saja utk hari ni...