kawan-kawan

Tuesday, February 16, 2016

Karipap Gergasi!!

Assalamualaikum.

Salam pada pukul 5.00 di petang Selasa. Di saat orang lain dah beredar untuk balik, saya teringin gak menulis 1 entry pada petang ni. Kenangan semasa berada di Sik, Kedah membuai-buai. Kenangan selama 6 bulan yang sangat berharga!

Antara yang menarik yang saya jumpa ialah....

KARIPAP GERGASI


Terkejut tengok karipap ni kat pasar malam. Terus beli sebab pelik & tak pernah jumpa kan. Penuh sepiring. Makan satu family.. hihihi.. Inti diperbuat daripada kentang. Rasa pun not bad, macam karipap2 lain jugak cuma yang membezakan hanyalah saiz nya sahaja.

Ada jugak makanan2 lain yang rare, tapi tak ambik la pulak gambar2 nya.. huhuhu.. Okay lah.. semua dah nak balik ni, saya pun dah nak kemas2 barang. 

Jumpa lagi di lain siaran..babai

No comments:

Post a Comment