kawan-kawan

Monday, February 1, 2016

Reward!!

Assalamualaikum.

Reward! Ada ajer reward untuk kak ngah Myra sbb pergi ke sekolah. Ni masa awal2 sekolah la ni. Dulu, masa minggu pertama & kedua, liat sangat nak ke sekolah. Maka, ibu & abah gilir2 la janji nak belikan mainan klau dia pergi sekolah hari tu. Nak tak nak, terpaksa la ibu abah berkorban sikit. 


Suka sangat dia bila dapat set Frozen Character ni termasuk la Anna & Elsa versi kecik. Kegembiraan tu bertahan la seminggu. 


Kegembiraan terserlah!! Alhamdulillah dapat gembirakan hati anak2 walaupun ibu abah terpaksa berkorban duit sikit. 


Alhamdulillah bila dah masuk minggu ke-4, ke-5 tu reward harian dah bertukar jadi reward mingguan pulak. Kalau kak ngah Myra pergi sekolah 5 hari, hujung minggu tu akan bawak dia gi jalan2. Tak janji beli mainan dah sebab mainan berlambak2 dah kat umah ni.. Selalu beli mainan kat kedai Eco 2N tu jer. Jimat sgt sbb selalu request 3, 4, 5 jenis mainan, pastu main sehari jer. Pastu sudahnya bertimbun dalam bakul.

Baru2 ni bawak pergi pantai pulak sebagai reward mingguan, lagipun sebab memang dia dah lama teringin nak ke pantai. Baru2 ni dah pergi pantai tapi tak leh nak mandi sebab singgah otw balik dari jalan2, tak bawak baju spare. Hah! kali ni mmg dah plan, siap makan2 lagi kat pantai. Best sangat!!

Seronok berendam, terbaring, bertiarap dalam air masin. Abis rambut penuh dengan pasir pantai.. Huhuhu... 


Terbaru, weekend baru ni bawak gi jalan2 zoo Kemaman lak. Sebabnya mmg dia request nak gi zoo. Nak ke KL macam jauh sgt & kena bajet utk balik kg jugak Chinese New Year ni. Tak leh nak berjoli sgt. So, menunaikan janji maka kami pergi je la Zoo Kemaman.. Okay la kan.. At least boleh la jugak tengok elephant..


Konon2 pegang gajah la tu.. Si kecik tu pun bukan main lagi posing. 

Alhamdulillah, diberi kesihatan untuk memenuhi kehendak anak2. Jadi ibubapa ni mcm ni la.. kena layan kehendak anak2 asalkan jgn terlalu manjakan diorang terutamanya dengan kebendaan. Kalau setakat nak gi jalan2 tu rasanya boleh lagi penuhi kehendak dia. 

Semoga lepas ni, anak2 ibu; Hureen Balqiesh, Humaira Batrisyia & Hannan Basheera rajin ke sekolah, jadi anak solehah yang cemerlang di dunia untuk bekalan di akhirat. 
Aamiin.





No comments:

Post a Comment