kawan-kawan

Friday, June 13, 2014

Bercanda di pasiran pantai..

Assalamualaikum.

Salam Jumaat. 

Bersiaran dr opis. Hari ni kat opis tinggal 5 orang jer drpd 27 orang. Memasing cuti, menghabiskan sisa2 cuti sekolah utk bawak anak2 gi jalan. Saya?? Mcm ni jer la. Hari dah bercuti balik kg. Sekarang ni masa byk sgt sbb tgh cuti semester. Students semua cuti. So, kami2 ni buat la kerja2 tertunggak yg lain. Lagi 2 minggu pelajar baru akn masuk. Hmmmm.. Sekejap jer masa berlalu, dah nak mula semester baru. Semoga semua urusan akan dipermudahkan oleh Nya. Amin.

Okay, back to the title, ni gambar masa kami on the way balik kg. Singgah kat Pantai Penarik, Terengganu. Best sgt!! Pantai yg bersih, pastu org pun takde la ramai sgt. Saje jer singgah sbb Adik n Kakak beriya sangat nak main pasir. Kebetulan pulak abah mmg suka melayan. Hmmm... Memang menjadi la.

Adik yg mmg teringin sangat jadi mcm Kakak. Semua benda yg kakak buat, semua dia nak ikut. Kakak layankan jer.


Peace la kononnya tu. Main pasir smpai tak hinggat!!! Ajak balik pun taknak.


Pose la konon nya tu. 


Ni Cik Hannan yg suka sengih! Sengih jer la dia. Senang sgt nak handle dia bila berjalan ni. Tak banyak karenah. Tapi bila kat rumah, perrrrrggghhh.... Boleh stress ibu. Huhuhu.


Ibu. Terpaksa la bentang kain batik utk duduk sbb takdok dlm plan nak singgah pantai. Lepas kejadian ni, abah dah mmg standby jer tikar dalam kete utk kes2 kecemasan mcm ni. 


Abah n Cik Hannan. Love you! Hik (gatai!!)

Itu jer celoteh hari ni. Kami smpai kat kg dah petang gitu. Kuar rumah dr pagi pastu jalan2. Singgah beli keropok lekor panas2 kat tepi2 jalan utk jadikan buah tangan. Memang best la. Sesapa yg pergi Terengganu jgn lupa beli keropok lekor n singgah la Pasar Payang tu. Cuci mata tgk kain sutera Terengganu. Boleh meleleh air liur wei.... 

Ok. Babai.

Thanks for reading this entry!


No comments:

Post a Comment