kawan-kawan

Thursday, January 26, 2012

Myra hair loss!

Alkisah... balik kg masa CNY baru2 ni tetiba mah tanya "kenapa rambut Myra dah kurang? tu la... suka sgt mandikan anak ngan air panas kat kepala" (kena marah daa....) a'ah ek! baru saya perasan. betul la... pastu try tarik slow2 rambut dia, then lekat la dalam 5-6 helai kat tangan. alamak!! saya dah mula cuak. then, usap lg slow2, pun sama jugak. double cuak! huhuhu... macam mana ni.. mula la memikir yg bukan2. tp, Myra aktif jer. takde lak tanda2 dia tak sihat ke apa... alhamdulillah... cuba u all tgk gambar di bawah. sian dia... rambut yg dulu lebat, dah jadi jarang!

*lain kan? rambut dia dah betul2 jarang, kering n kasar*

hmmm... kesian kan? dah nampak mcm baby boy pulak. pastu try la tgk gambar2 dia yg sebelum ni.. bila tgk balik gambar dia sebulan yg lepas, rambut dia masih lg lebat. beza cuma sebulan. alamak! triple cuak!! ni dah kes serius ni. kalau baby gugur rambut sbb 'makan bantal' tu biasa la saya dgr, tp bila dah besar2 ni gugur, setakat ni belum pernah dgr lg... kena gi jumpa doktor ni... huhuhu....


*ni Myra sebulan yg lepas, rambut masih lg lebat dan hitam*

walaupun rambut dah makin menyusut, tapi perangai makin bertambah 'nakal' nya... smpai tak terlayan!! panjat sana sini. merangkak smpai masuk toilet. terkini, dia gigit telinga kucing!! masyaAllah.... anak dara i yg sorang ni... energetic!!



semalam dah gi jumpa doktor, doktor tanya berapa kerap syampu rambut dia? sblm gi klinik tu mmg dah tergerak hati nk tanya pengasuh dia n pengasuh dia ckp dia syampu rambut Myra 2 kali sehari. erkk!! kerapnya (dlm hati jer). i'm not blaming her sbb ibu is the BEST pengasuh ever yg aku pernah jumpa. maybe Myra ni jenis yg tak tahan. kakak dulu ibu buat mcm tu jugak. insyaAllah, nanti2 ok la tu... pray for that.


*kakak nak gi berperang ni ibu... hehehe*

kakak maintain with her ponytail. taknak potong rambut nanti jd mcm lelaki kata dia. skrg tgh train dia pkai tudung... not pushing her so hard, tp pergi sekolah saya 'wajib'kan dia pkai tudung. melentur buluh biar dari rebung (menurut kata abah dia la tu).. betul jugak kan? yg baik, saya sokong... yg tak betul, sy betulkan...


"kakak tengok apa tu?"
"kakak tengok ombak rindu.."

huhuhu... anak2 zaman sekarang... kecik2 lg dah pandai demand nak tgk love story... hhmmm... anak ibu la katakan... :)


till then, luv ya!!



2 comments:

  1. eh normal ke if baby gugur rambut if selalu shampoo?. guna shampoo apa ya kak?

    ReplyDelete
  2. tak normal la tu.. doc suruh stop syampu smpai rambut dia ok... sian dia. akak guna syampu pureen.. yg kat umh pengasuh la. lau kat umah akak guna J & J and anakku tp jarang sgt syampu kat umah... kakak dia dulu ok jer... dia ni lain cket kot...

    ReplyDelete