kawan-kawan

Thursday, June 14, 2012

Mee Goreng basah....

Salam Jumaat :)
 

Esok dah Sabtu... So, nak tayang menu sarapan hujung minggu yg selalu sy buat... Senang, simple and sodap!! Belajar buat mee goreng basah ni ngan member opis, Sherry nama dia. Kalau teringin nak try, ikut cara2 masak kat bawah ni...

Bahan2 :

1/2 bungkus mee
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 sudu cili boh
4-5 ekor udang (lg byk lg sodap!)
2 ekor sotong (dipotong kecil)
Isi ayam (dipotong dadu/kecil)
3-4 biji fish ball
1 keping fish cake
2 batang sayur sawi
1 pokok daun sup
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Garam

Cara membuatnya :

Tumis bawang putih & bawang merah. Masukkan cili boh. Masukkan lauk2, biarkan sebentar. Kemudian masukkan air secukupnya (terpulang kalau nak kuah banyak, masukkan banyak air). Masukkan sos2,fish cake & fish ball. Masukkan mee, biarkan sebentar. Last sekali masukkan sawi & daun sup. Masukkan garam jika perlu sebab selalunya rasa dia dah sedap dgn rasa sos2 tu... Done!!

Selamat Mencuba...

Herrmmm... Lapar la pulak bila buat entry pasal makanan ni... hehehehe...



No comments:

Post a Comment