kawan-kawan

Sunday, January 27, 2013

Kakak yang busy...

Salam semua...

Dah hampir sebulan kakak sekolah.. Alhamdulillah... sehingga ke hari ni kakak masih rajin (walaupun kadang2 tak berapa nak rajin) ke sekolah. Semoga prestasi ni berkekalan hingga ke hujung tahun... Amin. Jadual kakak memang padat... 

Isnin - Jumaat
7.30 - 1.15 : Sekolah
2.30 - 5.00 : Fardhu ain & mengaji

Sabtu & Ahad
8.00 - 11.15 : Tuisyen

Penat kan? Mesti terkejeut sebab baru darjah 1 tapi sy dah htr tuisyen. Sebenarnya, sy tanya jer then dia yg beriya-iya nak sbb nya hari tu dia tak dapat naik kelas intelek (kiranya Intelek tu kls plg pandai la). Sekarang dia kat kelas Inovatif. Padahal nyer... dah tanya cikgu, kelas intelek n inovatif tu sama jer pun. sebab kan baru darjah 1. Kakak.... kakak....

Bila direnung2 kan, masa zaman kita darjah 1 dulu takde la mcm ni kan. Kesian budak2 sekarang. Saya masa darjah 1, balik sekolah jer terus main masak2. Mana terfikir nak g tuisyen ke apa. Darjah 6 pun masuk kelas tambahan yg sekolah buat jer. Tapi mungkin ni dah trend zaman sekarang kot.

Ni kira ok. Ada sesetengah parents tu, masa 5, 6 tahun dah htr anak pi tuisyen. Kalau anak nak takpe jugak, tapi kalau anak taknak, takyah la kot paksa2. Nanti jadi lain lak. Ni pendapat saya la. Cara didikan anak tu berbeza. 

Walaupun jadual kakak sibuk n padat, tapi kakak still dapat bermain ngan adik myra... Yg penting kita kena bg jugak reward kat anak2 yg dah penat belajar. Kan??



Babai for now...




No comments:

Post a Comment