kawan-kawan

Sunday, April 20, 2014

Aktiviti hujung minggu!!

Assalamualaikum..

Malam ni mood nak update blog. Dah settle update blog bisness so sekarang update blog personal pulak! Segala nya senang bila ada smart phone ni kan. Takyah dah bukak laptop bagai utk update blog.. Semua urusan guna tepon jer. Mudah & cepat!! Suka.. suka.. 

Nak citer aktiviti setiap hujung minggu. Sekarang dah jadi rutin bwk anak2 pegi taman di pagi hari minggu. Tak kisah la hari sabtu ker ahad, kalau berkesempatan kami ke taman pada kedua-dua hari tu, kalau tak sehari ker. Seronok tgk anak2 main. Berkejaran ke sana sini. Tgk gelagat parents lain dok melayan anak2. Tgk kehijauan pokok2. Yg plg seronok tgk kanak2 main dlm dunia mereka. Dunia mereka yg takde masalah yg perlu mereka fikirkan. Seronok kan?!
Minggu ni kami terjumpa anak kucing. Apalagi Myra ni mmg pencinta kucing, byk masa main ngan anak kucing drpd ber slide n swing!!

Cik Hannan yg seksi pun bukan main seronok nak slide. Myra dgn aksi grumpy nya.

Minggu ni ada kunjungan istimewa dr Cik Ma! Thanks Cik Ma for special visit. Ada masa dtg la lagi yer. At least dpt release sekejap dr tension kerja. K ngah pun dpt la rehat2 sbb ada org tlg pegangkan Cik Hannan. Hihihi...

Dua beradik yg selalu gaduh ni. Walaupun selalu gaduh tp mesti nak ada bersama. Kalau kakak hilang sekejap, riuh la si adik mencari kakak. Kalau kakak depan mata, dibuli nya kakak tak hinggat! Nasib baik kakak jenis lembut, redha jer adk buat apa kat dia.

Fuh! Panjang jugak celoteh malam ni. Seronok dapat luangkan masa berblogging balik setelah lama menyepi. Nak back on track ni susah jugak yer. Banyak sgt cabaran setiap hari yg kena lalui.. Semoga rentak ni berkekalan. So, ada la something yg anak2 ibu boleh baca di kemudian hari nanti.

Tak lupa jugak gambar Cik Hannan yg ketiduran sementara menunggu kakak2 nya bermain. Lena dihembus angin sepoi2...

Okay! Till then.

Thanks for reading this entry =)


5 comments:

  1. INSHAA ALLAH nanti g pulok..release kit serabut kijo blh main nge budok-budok... :)

    ReplyDelete
  2. comelnyer anak2 sis...anyway Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sis.. in sha Allah nnti akk buat kunjungan balas :)

      Delete