kawan-kawan

Wednesday, May 11, 2011

Mah, maafkan anak mu ini...

4 mei 2011 : kami sekeluarga dikejutkan dgn berita yg tak pernah kami duga ~ ibu (kami panggil mah) di kg sakit!!

mah tak sihat, dia jd lupa, tak ingt apa yg berlaku kat dia.. dan paling takut bila adik aku cakap, muka mah dah lain (senget ke sebelah kiri), mcm kena stroke.. kami adik beradik yg berada diperantauan mcm cacing kepanasan, teringat kat mah kat kg. nak tgk sendiri mcm mana keadaan dia. masa ni la rasa mcm nk pindah blk kg dan terfikir betapa bertuahnya kakak dan adik2 yg ada di kg walaupun tidak tinggal dekat dgn mah, at least berada dlm satu negeri. tp, nk buat mcm mana, rezeki kami di perantauan.

yg plg kesian ialah adik2 ku yg tgh nk final exam. mungkin ini dugaan plg besar buat diorang. kena tumpukan kpd exam dalam masa yg sama jiwa tak tenteram memikirkan keadaan mah. adik2ku... tabahlah menghadapi dugaan ini kerana semua dugaan, tersirat hikmah disebaliknya dan ingat... buat yg terbaik untuk MAH..

aku?

mula memikir yg bukan2. satu persatu memori suka duka bersama mah tergambar di fikiran. mula menghitung segala perbuatan dan perkataan yg mungkin telah melukakan hati nya. mungkin banyak kerana mulutku yg tak reti dok diam (asyik komen itu dan ini) ditambah pulak dgn mah yg pandai menyembunyikan rasa hatinya yg kadang2 dipendamkan sendiri.

betapa besarnya kasih ibu terhadap anak, begitu juga dgn mah. setiap kali aku balik ke kg, aku dirai dan disambut dgn senyuman manis mah, anak2 ku ditatang dan dimanja, aku dijamu dgn masakan enak2. lebih menyayat hati, kepulanganku utk menziarahi nya tempohari disambut dgn tangisan. terharu bila dia tau aku balik semata-mata utk melihatnya... bukan kah itu tanggungjawab anak terhadap ibunya... ooohhh..

mah,
maafkan anakmu yg berdosa ini. ampunkan segala dosa2 ku. halalkan setiap titik susu yg diberikan kepada ku. sesungguhnya aku tidak bermaksud utk melukakan hati mu.. maafkan lah anakmu yg berdosa ini.. maafkan lah..

Ya Allah...
aku memanjatkan kesyukuran kepada Mu kerana diberi berkesempatan untuk bersama mah. akan ku manfaatkan sisa2 waktu ini dgn mencurahkan kasih sayang kepada mah. akan ku jaga mah sebaik mungkin.

pesanan untuk anak-anakku...
wahai anak-anakku, jadilah anak yg solehah, yg berjaya di dunia dan akhirat. jangan jd seperti ibu. yg byk melakukan kesilapan. jadikan kisah ibu ini sebagai teladan dan panduan. jangan diulang kesilapan yg sama. maafkan ibu.. kerana seorang ibu juga perlu meminta maaf dari anaknya. juga, maafkan ibu jika ibu bukan ibu yg terbaik untuk kalian...

***tidurku pada malam itu bertemankan airmata yg berlinangan***

Note:
alhamdulillah.. semasa entry ini ditulis, mah telah sihat dan semakin pulih dari serangan 'stroke kecil' (istilah org kg la tu). rawatan lanjutan masih diteruskan.

2 comments:

  1. kakliney..hopefully kesihatan mah bertambah baik..kdg2 bile are renung blk..27 thn idup ni are pun byk wat salah pada ma are..mungkin kerana terlalu dimanjakan dgn kasih sayang dan layanan yg sempurna..tapi itu bukan alasan kan..itu sepatutnya dihargai..kasih ibu..dan ketahuilah..kak liney ni sweet sgt2..

    ReplyDelete
  2. are.. alhamdulillah n thanks... mah dah makin sihat. n alhamdulillah jugak k liney diberi kesedaran utk lebih menghargai mah.. huhu
    kadang2 kita sbg anak terlepas cakap yg boleh menguris hati ibu kan? insyaAllah... slpas ni k liney akn jaga lidah ni sebaik mungkin... tak nak lg menguris hati mah... mah cuma seorang... tiada ganti...

    ReplyDelete