kawan-kawan

Thursday, May 19, 2011

sayu... tetiba

tiba2 jer malam ni terasa sayu... sedih... dah rasa ngantuk. tp bila baring, mata pulak terkebil2 tak nak lelap. pastu mula mencongak2... berapa banyak dah amalan yg dah dilakukan sbg bekal utk ke'sana'.

tiba2 jer rasa sayu... sedih... kerana umur dah mencecah 34 tahun, tp setelah dihitung ngn amalan yg dah dibuat, alahai... sedih rasa... bila umur dah masuk fasa 30-an ni, terasa sgt nk cari ilmu ke arah 'itu' banyak2. ilmu akhirat ni kena cari, bukan macam ilmu2 lain yg memang dah terhidang depan mata. kalau ilmu lain boleh ler nak google jer, tp ilmu ukhrawi ni kena ada guru agar tak terpesong.

benda2 yg boleh menyumbang dosa, yg kdg2 kita tak sedar pun kita buat, seboleh2 cuba dielakkan. alhamdulillah... ada yg dah berjaya dielakkan :)

berubah? bagus, kalau ke arah kebaikan. lebih tepat kalau guna perkataan HIJRAH! penghijrahan secara perlahan2, bukan secara drastik sbb takut tak kekal lama. lg satu, tak boleh canang sana-sini. takut tak terlaksana mcm yg dikata. biar la org tak tau, asal kita dan DIA tau.. tp, ada jugak perasan yg aku ni sedikit sebanyak dah berubah ke arah itu (mungkin org tu mengambil berat tentang diriku walaupun kami jarang bersembang atau pun mungkin org tu pun sedang berhijrah mcm aku jugak, mungkin).

SYUKUR sbb dibukakan pintu hati awal. takut jugak kalau2 dah nak pencen pun perangai tak berubah2. malah ada jugak yg makin tua makin menjadi2. nauzubillah. bila difikir2 dan direnung2, takut rasanya...

yang paling penting kena banyak DOA. berdoa semoga ALLAH sudahi hidup kita ni dgn HUSNUL KHATIMAH... kesudahan yg baik... ya ALLAH, aku juga memohon kepada Mu semoga kami ditempatkan bersama2 para solehin. Amin...

No comments:

Post a Comment