kawan-kawan

Sunday, November 30, 2014

Rasa yang saya tak suka!!

Assalamualaikum.


Tak suka betul kalau ada perasaan macam tu tau! Saya bukan benci dia, tapi rasa hormat saya terhadap dia dah hilang sebab dia yang sekarang bukan dia yang dulu. Dulu dia lah tempat rujukan kami termasuk lah saya. Tapi sekarang tidak lagi... Sedih sangat. Bila timbul persoalan kat kepala ni, kena fikir dalam2... Mungkin ini adalah UJIAN yg Allah bagi dekat dia & saya.

Benarlah kata orang. Jangan melihat orang pada masa sekarang kerana orang itu akan berubah pada bila2 masa jer. Perubahan memang bagus kalau ke arah kebaikan tapi kalau perubahan tu ke arah yang tak elok... sedihnya... kan???

Ya Allah.. tetapkan lah hati ku untuk terus mencari REDHA mu. Semoga aku akan berubah menjadi yang lebih baik daripada sekarang. Aku juga memohon kepada Mu agar dipelihara diriku, keluargaku, suamiku, anak2 ku, kawan2 ku dan seluruh muslimin & muslimat daripada terpengaruh kepada perkara2 yang tak elok.

Aamiin.

Saya tulis ni untuk peringatkan diri sendiri. Perkara ni memang menjadi pengajaran untuk diriku. Semoga ianya menjadi pengajaran untuk diri orang lain jugak. In sha Allah.

Thanks for reading this entry!



No comments:

Post a Comment