kawan-kawan

Sunday, November 30, 2014

Tahniah Kakak Hureen Balqiesh!!

Assalamualaikum!

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Disember dah. Cepatnya masa berlalu kan?? Nak kongsi kegembiraan bersama kawan2 semua. Ibu mana yang tak gembira tengok kejayaan anak2 kan?! 

Kisah Hari Anugerah Kecemerlangan sekolah kakak Hureen. Alhamdulillah dapat menghadirkan diri untuk tengok kakak naik pentas. Cantik pentas dihias oleh guru2. Tugas cikgu ni mencabarkan. Semua perkara kena buat, termasuk la kerja2 kreatif macam ni. Tahniah untuk guru2 yg komited.


Alhamdulillah.. Kali ni kakak lebih cemerlang dari tahun lepas. Dapat tempat pertama dalam kelas & tempat pertama keseluruhan darjah 2. Semoga lagi cemerlang di tahun2 akan datang!


Sekarang dah berani naik pentas. Kalau dolu2.. menangis meraung tak nak naik pentas. Tapi tu masa kakak kecik2. Sekarang dah besar dah. Dah darjah 2 dah kan... Semoga kakak jadi orang yang berani yer!


Senyum simpul dapat hadiah. Seronok sangat kakak sebab kali ni dapat hadiah banyak. Kakak teruskan usaha yer, jadi lebih cemerlang di masa akan datang. Tak kira kat mana kakak berada.


Bersama kawan2 satu kelas. Hari ni macam hari raya la buat diorang semua. Masing2 seronok dgn hadiah yag diterima. Kiranya usaha tahun 2014 terbayar la hari ni. Bagus sangat cikgu besar sekolah ni sebab semua kategori diberi pernghargaan termasuklah login terbanyak utk program Frog VLE. Dapat menaikkan semangat pelajar. Walaupun cuma dapat sebiji buku tapi tu dah cukup bernilai buat pelajar2 ni. Bravo!!!


Bersama kawan baik. BFF kakak la ni. Sentiasa berkepit jer ke mana2. Satu kelas kat sekolah, satu kelas kat kelas agama petang. Pendek kata ke mana2 bersama la. Semoga ikatan persahabatan kakak & Nadiah ni berkekalan walaupun berjauhan nanti. Masing2 dah sedih nak berpisah.. huhuhu..


Budak ni kebosanan menunggu turn kakak naik pentas. Kejap baring atas abah, kejap baring atas lantai dewan, kejap baring bawah kerusi. Sabo jer la. Dah la satu dewan dok dengar suara dia menjerit jer. Bila adik Myra besar, ikut macam kakak yer!



Kakak dengan cikgu Rohana, cikgu kelas merangkap cikgu Bahasa Melayu. Masa darjah 1 pun ajar BM kakak jugak. Sebelum kakak naik kelas 1 Intelek, kakak dok dlm kelas 1 Inovatif, masa tu cikgu Rohana ni guru kelas kakak. Tu yang jadi rapat sgt kakak & cikgu Rohana ni.


Teacher Mazlina. English teacher kakak. Ni la faveret subjek kakak. Setiap kali exam darjah 1 & darjah 2 ni memang utk subjek English kakak dapat 100%. Hhmmm... ke mana lagi tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?? Otak kiri jugak mcm ibu. Patut la matematik kakak dapat 80%. Kena byk buat latihan matematik ni nampak gayanya.


Ustazah Hasniatun. Guru Agama Islam kakak masa darjah 1. Kakak cakap ustazah ni baik sangat, tak pernah marah kat murid2. 


Ni la ibu kakak yg super duper garang! hahaha. Dalam2 dok garang ni la hasilnya kan. Hihihi. Ibu sayang kakak sangat2. Sayang kakak dunia akhirat. Sayang kakak kerana Allah. Ibu bangga ada anak macam kakak, walau mcm mana pun result kakak, ibu sayang kakak.

Doa ibu :

"Semoga semua anak2 ibu; Hureen Balqiesh, Humaira Batrisyia & Hannan Basheera beroleh kejayaan yang cemerlang di dunia dan dapat manfaat ilmu ini utk kebahagian di akhirat kelak"

Aamiin.





1 comment: